Kalau anda ingin tahun, Demon Slayer: Swordsmith Village Arc hanya mempunyai 11 episod sahaja. Dengan tayangan episod 10 minggu lalu, bermakna siri anime tersebut akhirnya hampir tiba ke penamatnya. Lebih menarik sekali, episod akhir Demon Slayer: Swordsmith Village Arc akan tayang selama 70 minit. Senang cerita selama 1 jam 10 minit. Perkara ini telah diumumkan melalui Twitter rasmi anime.
【最終回 放送枠拡大のお知らせ】
次回「鬼滅の刃」刀鍛冶の里編 最終回
特別放送<放送枠を70分に拡大>にて
第十一話 「繋いだ絆 彼は誰時 朝ぼらけ」
6月18日(日)夜11時15分より
全国フジテレビ系列にて放送
ぜひご覧ください。#鬼滅の刃 #刀鍛冶の里編 pic.twitter.com/DOnuish8RC— 鬼滅の刃公式 (@kimetsu_off) June 11, 2023
Agak menarik juga cara ufotable mengendalikan musim ketiga untuk anime Demon Slayer. Kita telah mendapat tayangan istimewa untuk permulaan siri dan nampaknya kita juga akan dapat menonton pengakhirannya dengan masa tayangan seperti filem. Episod akhir ini akan ditayangkan pada Ahad, 18 Jun 2023 dengan tajuk “A Connected Bond: Daybreak and First Light.”
Kami pasti ramai antara anda tidak sabar untuk melihat pengakhirannya untuk arc ini sebelum kita ke Hashira Training Arc dan Final Battle Arc. Rasa macam sekejap sahaja bila fikir balik.
Untuk anda yang tidak mengenali siri ini, ia merupakan karya manga oleh Koyoharu Gotouge yang diterbitkan melalui majalah JUMP. Siri manga telah pun tamat pada bulan Mei 2020.
Itu sahaja yang kami boleh kongsikan kepada anda semua. Kalau anda masih belum menonton musim ketiga Demon Slayer, boleh pergi ke Netflix, iQIYI dan Bilibili sebelum episod akhir ditayangkan nanti. Untuk mendapatkan liputan lain mengenai Demon Slayer, sila klik pautan ini.
@gamersantaimy
Discussion about this post