Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Epic Games Berhentikan Lebih 1,000 Pekerja, Antara Akibat Kerana Fortnite Kehilangan Pemain

Razin Syafiq by Razin Syafiq
March 25, 2026
in Artikel, Berita, Industri
0 0
0
Epic Games Berhentikan Lebih 1,000 Pekerja, Antara Akibat Kerana Fortnite Kehilangan Pemain
Share on FacebookShare on Twitter

Epic Games mengumumkan bahawa syarikat akan memberhentikan lebih daripada 1,000 pekerja berikutan penurunan pemain yang mendadak bagi game utama mereka, Fortnite, serta tekanan kewangan yang semakin meningkat.

Dalam satu memo kepada kakitangan, Ketua Pegawai Eksekutif Epic Games, Tim Sweeney, berkata pemberhentian ini perlu dilakukan kerana syarikat “membelanjakan jauh lebih banyak daripada apa yang diperoleh.”

Pemberhentian ini berlaku selepas Fortnite -yang pernah menjadi fenomena budaya dan mendominasi dunia gaming serta budaya popular- mengalami kemerosotan pemain sejak 2025.

Walaupun Fortnite kekal sebagai salah satu game paling popular di dunia, Sweeney mengakui bahawa syarikat menghadapi kesukaran untuk “menghasilkan keajaiban Fortnite secara konsisten pada setiap musim.”

Game ini beroperasi menggunakan model seasonal, di mana kandungan, watak dan acara baharu dikeluarkan secara berkala bagi mengekalkan minat pemain.

Selain itu, Epic masih berada di “peringkat awal” untuk membawa semula Fortnite ke platform mobile dan mengoptimumkan game tersebut untuk smartphone.

Syarikat ini juga terlibat dalam pertikaian undang-undang dengan Apple dan Google berhubung dasar app store, yang menyebabkan Fortnite dikeluarkan buat sementara waktu daripada mobile app store.

Sweeney turut menegaskan bahawa pemberhentian ini tidak berkaitan dengan kecerdasan buatan (AI) yang menggantikan pekerja.

“Memandangkan ini sudah menjadi isu semasa, saya perlu jelaskan bahawa pemberhentian ini tiada kaitan dengan AI,” tulisnya. “Sekiranya AI dapat meningkatkan produktiviti, kami mahu mempunyai seramai mungkin pemaju hebat yang membangunkan kandungan dan teknologi yang berkualiti.”

Ke hadapan, Sweeney menggariskan strategi pemulihan Epic: mencipta kandungan Fortnite yang menarik dengan seasonal update terbaharu, ciri-ciri gameplay, jalan cerita dan live event.

Syarikat ini juga sedang berusaha mempercepatkan pembangunan developer tool ketika mereka beralih daripada Unreal Engine 5 kepada Unreal Engine 6 akan datang.

Tags: Epic Games
ShareTweetSend
Previous Post

Pokémon Champions Bakal Datang 8 April – Sokongan Switch 2 & Tiga Mega Evolution Baharu!

Next Post

Sony Tutup Dark Outlaw Games, Studio Yang Baru Dibuka Setahun Lalu

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Mahukan Telefon Gaming Yang Boleh Buat Lebih Daripada Sekadar Bermain Game? Kenali POCO F9 Ultra!
Smartphone

Mahukan Telefon Gaming Yang Boleh Buat Lebih Daripada Sekadar Bermain Game? Kenali POCO F9 Ultra!

September 5, 2026
Previu Age Twisters – Apabila “Usia” Menjadi Kunci Kerjasama Antara Dua Pemain
Preview

Previu Age Twisters – Apabila “Usia” Menjadi Kunci Kerjasama Antara Dua Pemain

September 4, 2026
SEGA/ATLUS Umum Barisan Game Di Tokyo Game Show 2026; Persona 4 Revival, STRANGER THAN HEAVEN & Banyak Lagi
Pameran/Expo

SEGA/ATLUS Umum Barisan Game Di Tokyo Game Show 2026; Persona 4 Revival, STRANGER THAN HEAVEN & Banyak Lagi

September 4, 2026
Next Post
Sony Tutup Dark Outlaw Games, Studio Yang Baru Dibuka Setahun Lalu

Sony Tutup Dark Outlaw Games, Studio Yang Baru Dibuka Setahun Lalu

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Bleach: Zaraki Kenpachi Akhirnya Pakai Bankai; Hitsugaya Tōshirō Lepaskan Bankai Sebenar
Anime

Bleach: Zaraki Kenpachi Akhirnya Pakai Bankai; Hitsugaya Tōshirō Lepaskan Bankai Sebenar

August 20, 2026
Bos WIT Studio Dedah Sebab MAPPA Ambil Alih Attack on Titan Untuk Musim Terakhir
Anime

Bos WIT Studio Dedah Sebab MAPPA Ambil Alih Attack on Titan Untuk Musim Terakhir

August 19, 2026
Kingdom Hearts 4 – Gameplay Baru Dunia ‘Coco’, Pelancaran Lewat 2027 Serta Anime Original Disney+
Berita

Kingdom Hearts 4 – Gameplay Baru Dunia ‘Coco’, Pelancaran Lewat 2027 Serta Anime Original Disney+

August 15, 2026
Menurut Data, Ratusan Anak Indonesia Diberi Nama Naruto, Luffy, Nobita & Banyak Lagi
Anime

Menurut Data, Ratusan Anak Indonesia Diberi Nama Naruto, Luffy, Nobita & Banyak Lagi

August 12, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd