Tak mampu nak berkata apa cuma terlebih excited bila Epic Game Store telah melancarkan EPIC MEGA SALES!!!! Epic Mega Sales yang telah pun bermula dari semalam iaitu 16 Mei sehingga 13 Jun 2019 yang melibatkan promosi mega pelbagai permainan video ada diskaun sehingga 75%!
Bukan itu sahaja, Epic Games dikatakan akan memberi $ 10 kepada mana-mana pengguna yang sesuai dan menandatangani pengesahan dua faktor untuk dibelanjakan di store mereka, walaupun ini belum lagi berlaku dan penjualannya sudah bermula.
Paling menarik permainan preorder pun termasuk dalam jualan diskaun ini, antaranya Borderlands 3, Sinking City dan Vampire: The Masquerade Bloodlines 2! Dengan tambahan $ 10 yang diberi daripada Epic itu boleh menjadi tambahan pada diskaun asal yang diberi.
Tapi masih ada beberapa permainan yang tidak ada dalam senarai diskaun, tapi jangan risau korangboleh menggunakan $ 10 itu untuk penurunan harga permainan-permainan tersebut.
Jom lihat antara permainan video yang termasuk dalam senarai diskaun Epic Mega Sale;
- Shakedown Hawaii – $9.99 (harga asal $19.99)
- Artsy Souls-like, Ashen – $19.99, (harga asal $39.99)
- Early Access title Hades – $6.99 (harga asal $19.99)
- World War Z – $19.99, (harga asal $34.99)
- The Walking Dead: Final Season – $4.99 (harga asal $19.99)
- Metro: Exodus – $39.99 (harga asal $49.99)
- Roller Coaster Tycoon Adventures – $9.49, (harga asal $29.99)
- The Witness- $9.99 (harga asal $39.99)
Banyak lagi permainan yang korang boleh beli murah! Jadi jangan lepaskan peluang besar ni dan terus layari Epic Game Store untuk pembelian sakan! (tekan gambar dibawah)
Sumber: EpicGames
@gamersantaimy
Discussion about this post