Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Bartholomew Kuma – Watak Paling Tragis Dalam One Piece, Rela Berkorban Demi Orang Tersayang

Razin Syafiq by Razin Syafiq
July 16, 2025
in Anime, Artikel, Berita, Fakta & Trivia, Manga
0 0
0
Bartholomew Kuma – Watak Paling Tragis Dalam One Piece, Rela Berkorban Demi Orang Tersayang
Share on FacebookShare on Twitter

Episod 1136 untuk anime One Piece menutup tirai kisah silam Bartholomew Kuma yang penuh duka, meninggalkan ramai peminat penuh emosi dengan salah satu naratif paling tragis dalam keseluruhan siri.

Khususnya sepanjang beberapa minggu yang lalu, adaptasi anime meneroka asal-usul Kuma… menjelaskan perjuangan, serta pengorbanan terbesarnya. Disebabkan ini antara naratif paling menarik dan terpanjang dalam siri, izinkan saya merumuskannya untuk anda semua.

Dilahirkan 47 tahun lalu di Sorbet Kingdom di South Blue, Kuma mewarisi darah kaum Buccaneer daripada bapanya, Clapp. Seawal usia empat tahun, keluarganya diperhambakan oleh Celestial Dragon (Tenryūbito) selepas dikesan oleh ejen kerajaan.

Kehidupan sebagai hamba menamatkan riwayat ibu bapanya di mana bapanya dibunuh kejam selepas menceritakan kisah tentang Nika (seorang pahlawan pembebasan dari masa lalu), demi menghiburkan anaknya.

Peristiwa ini meninggalkan luka mendalam dan menjadi antara sebab kepada azam Kuma untuk terus hidup dan menyelamatkan orang lain.

Kisah imbas kembali ini juga memaparkan kekejaman God Valley Incident yang berlaku 38 tahun lalu, ketika pertandingan Native Hunting yang dianjurkan oleh para Celestial Dragon. Kuma yang masih kecil ketika itu cuba melarikan diri daripada tragedi itu, namun tertangkap dan dibelasah oleh hamba-hamba lain.

Dalam keadaan terdesak, dia bertemu dengan Emporio Ivankov dan Ginny, dua kanak-kanak hamba yang kemudian menjadi sahabat sejatinya. Bersama, mereka menyusun rancangan untuk mencuri dua Devil Fruit (Uo Uo no Mi, Model: Seiryu, dan Nikyu Nikyu no Mi) yang dirancang sebagai hadiah kepada golongan bangsawan.

Ketibaan lanun Rocks, Roger Pirates, dan angkatan Marin diketuai Monkey D. Garp mencetuskan kekacauan, memberi peluang kepada Kuma untuk menelan Nikyu Nikyu no Mi dan memperoleh kuasa istimewanya.

Berdepan dengan Jaygarcia Saturn dari kalangan Gorōsei, Kuma tetap berani dan berikrar untuk menjadi seperti Nika, menyelamatkan seramai mungkin orang. Tindakannya berjaya menyelamatkan lebih 500 nyawa sebelum dia melarikan diri bersama Ivankov dan Ginny kembali ke Sorbet.

Tiba di sana, mereka menetap di sebuah gereja, memulakan kehidupan baru. Kuma menjadi paderi pada usia 17 tahun dan menggunakan kuasa Devil Fruit-nya untuk meringankan kesakitan warga emas setiap hari Ahad, mendapat penghargaan mereka dan sokongan Ginny.

Ginny melamarnya, namun Kuma berbelah bahagi kerana bimbang akan mengulangi nasib malang yang menimpa ibunya. Hidupnya berubah lagi apabila King Bekori melaksanakan peraturan kejam yang memecahbelahkan rakyat, memaksa Kuma memprotes dan akhirnya bertempur melawan tentera diraja.

Akibatnya, dia ditahan atas tuduhan pengkhianatan, namun dibebaskan selepas Ivankov dan Monkey D. Dragon menggulingkan raja tersebut. Kuma dan Ginny menyertai pasukan Freedom Fighters di bawah Dragon, yang akhirnya berkembang menjadi Revolutionary Army, dengan Kuma sebagai antara tokoh utamanya.

Namun, derita belum berakhir. Ginny ditangkap dan dijadikan isteri paksa seorang Celestial Dragon. Dia akhirnya dibebaskan, tetapi kembali ke Sorbet dalam keadaan hampir mati akibat jangkitan penyakit di Mary Geoise, lalu meninggal dunia di pangkuan Kuma, meninggalkan seorang anak perempuan bernama Jewelry Bonney.

Kuma, yang patah hati, mengambil Bonney sebagai anaknya. Apabila Bonney mewarisi penyakit maut bernama Sapphire Scales, Kuma mengundurkan diri daripada Revolutionary Army dan mencari penawar. Usahanya membawanya kepada Dr. Vegapunk, yang bersetuju merawat Bonney dengan syarat Kuma menyertai projek Pacifista.

Tanpa disedarinya, Jaygarcia Saturn mengenakan syarat berat… Kuma perlu menjadi ahli Shichibukai, menjalani transformasi cyborg, kehilangan kehendak sendiri, dan dilarang bertemu Bonney selepas dia sembuh. Demi cintanya terhadap anaknya, Kuma menerima segalanya.

Pengakhiran kisah ini adalah apabila Bonney akhirnya menyentuh buih memori ayahnya, menyaksikan sendiri segala pengorbanan yang dilakukan Kuma demi dirinya.

Tags: Bartholomew Kumaone piece
ShareTweetSend
Previous Post

Elon Musk Melancarkan Rakan AI Bergaya Gadis Anime, Lengkap Dengan Mod NSFW!

Next Post

Unboxing Headset PowerA Kirby Untuk Nintendo Switch – Kirby ‘Telan’ Headset Ke?

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Reviu KAZUMA KANEKO’S TSUKUYOMI – Naik Taraf Yang Seronok, Tetapi Tercalar AI
Review

Reviu KAZUMA KANEKO’S TSUKUYOMI – Naik Taraf Yang Seronok, Tetapi Tercalar AI

Borderlands 4 Akan Terima Dua DLC Besar Pada Tahun Ini Bermula Dengan Bounty Pack 4
DLC

Borderlands 4 Akan Terima Dua DLC Besar Pada Tahun Ini Bermula Dengan Bounty Pack 4

July 24, 2026
Anime Baru “Mobile Suit Gundam RG XARX-ZERO” Akan Tiba 2027
Anime

Anime Baru “Mobile Suit Gundam RG XARX-ZERO” Akan Tiba 2027

July 24, 2026
Next Post
Unboxing Headset PowerA Kirby Untuk Nintendo Switch – Kirby ‘Telan’ Headset Ke?

Unboxing Headset PowerA Kirby Untuk Nintendo Switch - Kirby ‘Telan’ Headset Ke?

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

LEGO One Piece Cerita Semula Kisah Musim 1 & 2, Usopp Jadi Penglipur Lara
Animasi

LEGO One Piece Cerita Semula Kisah Musim 1 & 2, Usopp Jadi Penglipur Lara

July 21, 2026
Kuro Games Umum Siri Animasi Wuthering Waves: Elysium, Dibuat Oleh Studio Dalaman
Anime

Kuro Games Umum Siri Animasi Wuthering Waves: Elysium, Dibuat Oleh Studio Dalaman

July 20, 2026
BLEACH Mirrors High – Protagonis Adalah Shinigami Ciptaan Sendiri, Gameplay Berasaskan Kad, Watak Baru
Mobile

BLEACH Mirrors High – Protagonis Adalah Shinigami Ciptaan Sendiri, Gameplay Berasaskan Kad, Watak Baru

July 20, 2026
Digimon Ada Manga Baru Yang Akan Memulakan Terbitan Pada Oktober 2026
Manga

Digimon Ada Manga Baru Yang Akan Memulakan Terbitan Pada Oktober 2026

July 17, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd