Bulan ini pasti meriah buat para pemain Mobile Legends: Bang Bang (MLBB) kerana kolaborasi bersama Street Fighter 6 daripada Capcom akhirnya dilancarkan hari ini, 3 Julai 2026.
Mari kita lihat maklumat lanjut tentang event ini serta cara untuk dapatkan barangan eksklusif yang ditawarkan.
Skin: Outfit 2
Menerusi kolaborasi ini, empat hero terpilih MLBB akan menjelma sebagai watak Street Fighter 6 . Cabutan utama bagi event kali ini menampilkan “Outfit 2” untuk watak-watak Street Fighter berikut:
- Paquito sebagai Ryu
- Chou sebagai Ken
- Guinevere sebagai Chun-Li
- Dyrroth sebagai Guile
Setiap skin datang dengan animasi khas, skill effect, dan audio tersendiri: seperti Hadoken daripada Ryu dan Spinning Bird Kick daripada Chun-Li.
Bagi peminat rupa klasik pula, anda boleh mengumpul Painted Skins “Outfit 1” yang menampilkan gaya asal watak-watak tersebut dalam SF6. Antaranya:
- Paquito “Ryu (Outfit 1)”
- Chou “Ken (Outfit 1)”
- Guinevere “Chun-Li (Outfit 1)”
- Dyrroth “Guile (Outfit 1)”

Pemain pun tidak perlu bergantung pada nasib cabutan semata-mata. Pakaian alternatif ini boleh ditebus terus di Event Shop menggunakan Collab Exchange Item (MLBB × Street Fighter 6 Crest) yang dikumpulkan daripada setiap cabutan.
Cabutan & Bonus Eksklusif
Event Collab Draw bermula dari hari ini, 3 Julai sehingga 16 Ogos 2026. Anda boleh mencuba nasib menggunakan Diamond atau Collab Token. Untuk memberikan lebih nilai buat para pemain, beberapa jaminan turut disediakan:
- Jaminan Skin atau Item: Anda pasti akan mendapat skin atau item eksklusif kolaborasi dalam tempoh 10 cabutan pertama.
- Diskaun Harian: Diskaun 50% untuk cabutan 1x pertama setiap hari menggunakan Diamond sepanjang event.
- Kosmetik Eksklusif: Selain skin hero, cabutan turut dipenuhi barangan kosmetik eksklusif seperti Recall Effect bertema, Elimination Effect, Avatar Border khas, dan Battle Emote unik.

Cara Dapatkan Sehingga 60 Tokens Percuma!
Anda boleh mengumpul sehingga 60 Collab Tokens secara percuma melalui misi log masuk dan misi tambah nilai (recharge). Jangan lupa tanda kalendar pada tarikh-tarikh penting ini:
- 3 Julai – 6 Julai (Recharge Gift): Selesaikan misi tambah nilai terawal untuk menebus 2 token.
- 10 Julai – 14 Julai (Login & Recharge Fasa 1): Log masuk untuk menebus token percuma, dan selesaikan misi Recharge Diamonds untuk mendapatkan sehingga 40 token.
- 17 Julai – 21 Julai (Login & Spending Fasa 2): Log masuk untuk menebus baki token percuma, dan selesaikan misi Spend Diamond untuk membawa pulang sehingga 16 token.









Discussion about this post