Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Final Fantasy VII Revelation Mungkin Terima Story DLC, Terbocor Oleh Epic Games Store!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
July 3, 2026
in Artikel, Berita, Epic Store, Nintendo Switch 2, PC, PS5, RPG, Steam, Xbox Series X|S
0 0
0
Final Fantasy VII Revelation Mungkin Terima Story DLC, Terbocor Oleh Epic Games Store!
Share on FacebookShare on Twitter

Satu senarai yang dikesan dalam EpicDB (pangkalan data Epic Games Store) mendedahkan bahawa Final Fantasy VII Revelation mungkin akan menerima DLC story expansion sendiri.

Bernama “FINAL FANTASY VII REVELATION Story Expansion Pass”, EpicDB turut menyenaraikan sembilan slot untuk pek DLC lain. Walaupun sesetengah daripada slot tersebut mungkin barangan kosmetik atau skin watak, tajuk “Story Expansion Pass” sudah menjadi petanda kuat bahawa game ini bakal membawakan kandungan naratif serba baharu selepas game tersebut dilancarkan.

Langkah ini berbeza sama sekali dengan game kedua Final Fantasy VII Rebirth, yang langsung tidak menerima sebarang DLC cerita selepas pelancaran. Semasa pelancaran Rebirth, pengarah Naoki Hamaguchi menjelaskan bahawa pasukan mereka sengaja mengetepikan kandungan tambahan demi memberikan tumpuan penuh kepada pembangunan judul ketiga ini secepat mungkin. Kini, dengan Revelation sebagai penutup trilogi remake, pembangun akhirnya mempunyai ruang untuk menghasilkan kandungan pasca-pelancaran tanpa perlu tergesa-gesa memikirkan sekuel.

Berita ini sudah tentu menimbulkan pelbagai teori. Ramai berharap agar DLC ini akan mengadaptasi filem spin-off CGI Advent Children, atau judul Dirge of Cerberus daripada zaman PS2. Tidak kurang juga yang berharap untuk melihat Genesis; iaitu antagonis utama daripada prekuel PlayStation Portable (PSP), Crisis Core.

Memandangkan Revelation akan memperkenalkan Vincent Valentine dan Cid Highwind sebagai playable character, timbul spekulasi bahawa salah satu episod cerita mungkin akan memfokuskan kepada Vincent. Pendekatan ini menyerupai Yuffie Kisaragi yang membintangi DLC “Episode Intermission” dalam judul Remake sebelum ini.

Final Fantasy VII Revelation adalah penutup tirai bagi projek remake ini, dan akan dilancarkan pada musim bunga (sekitar Mac hingga Jun) 2027 di PlayStation 5, Nintendo Switch 2, Xbox Series X/S, serta PC menerusi Steam dan Epic Games Store.

Tags: Final Fantasy VII Revelation
ShareTweetSend
Previous Post

Ready, Fight! Kolaborasi MLBB x Street Fighter 6 Bermula – Info Skin, Event & Cara Dapatkan Token Percuma

Next Post

“Prestasi Biasa-Biasa” – Bekas Bos PlayStation Tidak Syorkan Steam Machine Kepada Gamer Biasa

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Tujuh Game Indie Popular Bakak Keluar Di iPhone & iPad Minggu Ini Termasuk Vampire Crawlers & No Man’s Sky 
iOS

Tujuh Game Indie Popular Bakak Keluar Di iPhone & iPad Minggu Ini Termasuk Vampire Crawlers & No Man’s Sky 

October 12, 2026
Reviu Total War: SHOGUN 2 – Complete Edition – Masa Terbaik Untuk Belajar Tawan Jepun
Review

Reviu Total War: SHOGUN 2 – Complete Edition – Masa Terbaik Untuk Belajar Tawan Jepun

One Piece – Zoro Akhirnya Kuasai Conqueror’s Haki
Manga

One Piece – Zoro Akhirnya Kuasai Conqueror’s Haki

October 12, 2026
Next Post
“Prestasi Biasa-Biasa” – Bekas Bos PlayStation Tidak Syorkan Steam Machine Kepada Gamer Biasa

"Prestasi Biasa-Biasa" - Bekas Bos PlayStation Tidak Syorkan Steam Machine Kepada Gamer Biasa

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

One Piece – Zoro Akhirnya Kuasai Conqueror’s Haki
Manga

One Piece – Zoro Akhirnya Kuasai Conqueror’s Haki

October 12, 2026
NARUTO × NINKŪ – Sebuah Anime Crossover 4 Episod Dengan Karya Yang Ilhamkan Naruto
Anime

NARUTO × NINKŪ – Sebuah Anime Crossover 4 Episod Dengan Karya Yang Ilhamkan Naruto

October 12, 2026
Masashi Kishimoto Kembali Dengan Manga Baru ‘Naruto: Shadow Rising’
Manga

Masashi Kishimoto Kembali Dengan Manga Baru ‘Naruto: Shadow Rising’

October 12, 2026
Selepas 10 Tahun Di Pasaran China, Game Naruto Mobile Akhirnya Akan Keluar Secara Global
Mobile

Selepas 10 Tahun Di Pasaran China, Game Naruto Mobile Akhirnya Akan Keluar Secara Global

October 12, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd