Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Ekspo Gaming Terbesar Dunia ‘E3’ Tutup Secara Rasmi Selama-Lamanya

Razin Syafiq by Razin Syafiq
December 13, 2023
in Acara, Artikel, Berita, Industri
0 0
0
Ekspo Gaming Terbesar Dunia ‘E3’ Tutup Secara Rasmi Selama-Lamanya
Share on FacebookShare on Twitter

Electronic Entertainment Expo atau singkatannya, E3, yang dikenali sebagai konvensyen terbesar dalam industri gaming, secara rasminya akan ditutup buat selama-lamanya, bak kata penganjur Entertainment Software Association.

pic.twitter.com/y6dtVkBvNI

— E3 (@E3) December 12, 2023

Jika anda pergi ke laman web E3, ia kini menampilkan satu halaman dengan mesej selamat tinggal yang bertulis: “Selepas lebih daripada dua dekad E3, setiap satu lebih besar daripada yang lalu, masanya telah tiba untuk mengucapkan selamat tinggal. Terima kasih untuk semua memori.”

The end of E3 is sad news; we exhibited "MGS" for the first time in Atlanta in 1997. I have participated every year since then. Especially, the presentation of "MGS2" in 2000 is a precious memory. It was 23 years ago. Without E3, Japanese creators and titles would not have made… pic.twitter.com/Lz3RkuQgSY

— HIDEO_KOJIMA (@HIDEO_KOJIMA_EN) December 13, 2023

Dalam sebuah wawancara bersama The Washington Post, Stanley Pierre-Louis sebagai Presiden Entertainment Software Association berkata:

“Kami tahu seluruh industri, pemain dan pencipta, mempunyai banyak minat untuk E3. Kami berkongsi semangat itu. Kami tahu sukar untuk mengucapkan selamat tinggal kepada acara yang digemari, tetapi ia adalah perkara yang betul untuk lakukan memandangkan peluang baharu yang industri kami ada untuk menghampiri peminat dan rakan kongsi.”

I understand why this happened, but it’s heartbreaking all the same. E3 was like Christmas for gamers and having all the conferences take place in one week was such a treat. So many good memories spanning so many years.
Thanks for everything, E3 🫡. https://t.co/AtgmeARfwr

— Alanah Pearce (@Charalanahzard) December 12, 2023

Semasa diperkenalkan, E3 sering dianggap sebagai ekspo gaming terbesar dan paling berprestij pada setiap tahun mengikut kepentingan dan impak. Sebelum 2017, E3 ialah acara untuk warga industri sahaja; di mana ESA memerlukan individu yang hadir untuk mengesahkan hubungan profesional dengan industri permainan video. Dengan peningkatan populariti, E3 2017 dibuka kepada orang ramai buat kali pertama.

Mengapa E3 ditutup?

Masalah E3 bermula pada tahun 2018, apabila Sony Interactive Entertainment memutuskan untuk menarik diri daripada ekspo. Perbuatan ini nampaknya memberi kesan besar sehingga ramai peserta lain juga membuat perkara yang sama dan membuat keputusan untuk tidak hadir juga.

Pada tahun 2020, wartawan dan rakan kongsi lama Geoff Keighley mengumumkan bahawa dia tidak akan bekerja dengan E3 lagi dan sejak itu telah mencipta acara berasingan sendiri iaitu Summer Game Fest dan The Game Awards (yang baru berlangsung minggu lepas).

Kredit: Game Spot

E3 terakhir yang membenarkan pengunjung diadakan pada 2019, dan mengalukan kehadiran orang ramai. Walaupun terdapat rancangan untuk tahun 2020, ekspo itu terpaksa dibatalkan disebabkan COVID-19. Acara digital sahaja telah diadakan pada tahun 2021. Acara digital sahaja juga dirancang untuk tahun 2022, tetapi itu juga telah dibatalkan.

Mereka turut ingin menganjurkan ekspo E3 serba baharu untuk 2023, tetapi acara itu juga dibatalkan. Berikutan itu, akhirnya kita dapat pengesahan bahawa E3 ditutup buat selama-lamanya.


Apa pendapat anda tentang berita penutupan E3? Jom kongsi pendapat di ruang komen.

Dapatkan segala berita kami tentang E3 di SINI!

Tags: E3
ShareTweetSend
Previous Post

Skull and Bones CBT Akan Berlangsung pada 15 – 18 Disember Ini! Daftar Sekarang!

Next Post

Filem Pendekar Awang – Darah Indera Gajah Akan Ditayangkan 11 Januari 2024

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Project GT – Sebuah Game Lumba Anime RPG Di Mana Kita Mengawal ‘Car-Girl’
Berita

Project GT – Sebuah Game Lumba Anime RPG Di Mana Kita Mengawal ‘Car-Girl’

June 12, 2026
Marvel Rivals – Season 8.5 Rasmi Dilancarkan, Memperkenalkan Cyclops, Mod 18v18 & Acara Baru
Berita

Marvel Rivals – Season 8.5 Rasmi Dilancarkan, Memperkenalkan Cyclops, Mod 18v18 & Acara Baru

June 12, 2026
Demo Echoes of Aincrad Sedia Untuk Main Bermula 15 Jun 2026
Demo

Demo Echoes of Aincrad Sedia Untuk Main Bermula 15 Jun 2026

June 12, 2026
Next Post
Filem Pendekar Awang – Darah Indera Gajah Akan Ditayangkan 11 Januari 2024

Filem Pendekar Awang – Darah Indera Gajah Akan Ditayangkan 11 Januari 2024

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd