Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

[Eksklusif] Game klasik Yars’ Revenge rasmi akan dapat sekuel selepas 40 tahun

Razin Syafiq by Razin Syafiq
June 22, 2022
in Artikel, Berita, Eksklusif, Shooter
0 0
0
[Eksklusif] Game klasik Yars’ Revenge rasmi akan dapat sekuel selepas 40 tahun
Share on FacebookShare on Twitter

Bagi mereka yang tidak tahu, Yars’ Revenge adalah game klasik yang dikeluarkan untuk platform Atari 2600 pada tahun 1982. Dicipta oleh Howard Scott Warshaw, ia merupakan game original yang paling laris untuk Atari 2600. Lonjak ke tahun 2022, nampaknya Yars’ Revenge sedang dalam proses menghasilkan sekuel menurut kata pencipta asal Howard Scott.

Melalui temu ramah eksklusif kami bersama beliau, kita dapat tahu bahawa beliau telah menandatangani perjanjian dengan Atari untuk melakukan reka bentuk bagi sekuel Yars’ Revenge serta mengawasi reka bentuk keseluruhan bersama sebuah pasukan khusus. Walaupun kebanyakan projeknya terdiri daripada beliau bekerja seorang diri, Warshaw mempunyai pengalaman memimpin pasukan dalam projek yang lebih besar.

Rasanya ramai tidak tahu apa itu game Yars’ Revenge , jadi izinkan saya jelaskan gameplay-nya. Dalam game itu, pemain akan mengawal seekor makhluk seperti serangga bernama Yar yang harus menggigit atau menembak melalui “barrier” (pelindung) untuk melancarkan tembakan dari Zorlon Cannon ke arah musuh. Objektif utama adalah untuk memusnahkan si jahat, Qotile, yang duduk di seberang barrier.

Screenshot dari Yars’ Revenger original

Bagi sekuel, Warshaw tidak menjelaskan apa-apa maklumat spesifik tentang gameplay tapi ada menyatakan bahawa beliau sudah membayangkan [gameplay] dalam kepalanya selama bertahun-tahun, dan tidak pernah melihat gameplay ini diaplikasikan di tempat lain. Dalam pendapat dia, perkara yang membuatkan Yars’ Revenge sangat istimewa adalah ia mempunyai daya rangsangan yang sangat tinggi dan audio visual lebihan. Untuk sekuel, semua ciri yang disebutkan tadi akan ditambah baik atau berganda berbanding Yars’ Revenge original.

Screenshot dari Yars’ Revenger original 2

“Ia akan menjadi sesuatu yang menarik perhatian anda dan susah untuk dilepaskan serta memastikan pemain sentiasa terlibat dalam pelbagai level sepanjang masa.”

Berdasarkan jawapan beliau, kami membuat pendapat bahawa sekuel ini akan diadaptasikan untuk platform mudah alih (mobile) tetapi menurut kata Warshaw, game itu juga akan dikeluarkan untuk beberapa platform. Malangnya, beliau tidak mendedahkan di platform mana secara spesifik.

Selain itu, tarikh pelepasan rasmi juga tidak diumumkan tetapi Warshaw dapat memberitahu bahawa sekuel ini masih di fasa awal, jadi masih ada banyak perkara lain untuk dibincang.

Screenshot dari Yars’ Revenger original 3

Untuk baca tentang kisah hidup Howard Scott Warshaw bersama pengalamannya di Atari, korang boleh rujuk interview eksklusif kami di sini di mana kami membincangkan tentang pelbagai perkara unik termasuk asal usul, pengalaman kerja, dan legasinya di dalam industri gaming.

Tags: atarisekuelYars' Revenge
Previous Post

Interview eksklusif bersama Howard Scott Warshaw, dev legenda dari zaman Atari

Next Post

Ghost of Tsushima 2 mungkin dalam pembangunan, Sucker Punch sedang rekrut orang baru!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Di Sebalik Tabir ACE COMBAT 8 – Pesawat Lebih Realistik, Awan Penentu Strategi & Fizik Letupan Baharu!
Temuramah

Di Sebalik Tabir ACE COMBAT 8 – Pesawat Lebih Realistik, Awan Penentu Strategi & Fizik Letupan Baharu!

June 4, 2026
Previu ACE COMBAT 8: WINGS OF THEVE – Perang Udara yang Jauh Lebih Realistik!
Preview

Previu ACE COMBAT 8: WINGS OF THEVE – Perang Udara yang Jauh Lebih Realistik!

June 4, 2026
The Lost Wild – Game Dinosaur Survival Yang Mengutamakan Stealh & Saspens!
Berita

The Lost Wild – Game Dinosaur Survival Yang Mengutamakan Stealh & Saspens!

June 4, 2026
Next Post
Ghost of Tsushima 2 mungkin dalam pembangunan, Sucker Punch sedang rekrut orang baru!

Ghost of Tsushima 2 mungkin dalam pembangunan, Sucker Punch sedang rekrut orang baru!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd