Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

[Eksklusif] Action RPG TARAE: The Unbound Mempunyai 80 Boss Unik, Semuanya Tiada Rekaan Kitar Semula

Razin Syafiq by Razin Syafiq
September 3, 2026
in Action, Artikel, Berita, Eksklusif, Epic Store, PC, PS5, RPG, Steam, Temuramah, Xbox Series X|S
0 0
0
[Eksklusif] Action RPG TARAE: The Unbound Mempunyai 80 Boss Unik, Semuanya Tiada Rekaan Kitar Semula
Share on FacebookShare on Twitter

Di gamescom 2026, kami berpeluang mengadakan temu bual eksklusif bersama studio Boundary dari Korea untuk membincangkan tentang projek action RPG mereka akan datang, TARAE: The Unbound.

Kiri ke kanan: Byungho Park (Art Director), Myungsang Ryu (Creative Director), Ivy Teo (Wakil Digital Braves), Inyoung Koo (CEO dan Executive Producer) | Kredit: Digital Braves

Bersama CEO dan Executive Producer Inyoung Koo, Art Director Byungho Park, serta Creative Director Myungsang Ryu, pasukan ini berkongsi bagaimana mereka menyatukan pelbagai pengaruh budaya Asia Timur, serta menghasilkan lebih 80 boss fight unik yang serba mencabar.

Gabungan Elemen Sejarah China dan Jepun Melalui Peristiwa Malapetaka

Tidak bergantung kepada kiasan visual luaran, Boundary mengakar dunia TARAE: The Unbound dalam kosmologi Buddha dan konsep “Six Realms of Rebirth”. Memandangkan konsep falsafah ini sudah sebati di seluruh Asia Timur, asas pembinaan terasa sangat semula jadi.

Cabaran utama adalah menggabungkan pelbagai tradisi budaya berbeza tanpa menjadikan dunia permainan terasa janggal atau terpisah.

Pihak pembangun mengatasi cabaran ini melalui peristiwa malapetaka besar yang dipaparkan dalam trailer permainan, di mana bencana tersebut menghubungkan kawasan-kawasan berbeza daripada setiap “act”.

Walaupun dunia ini banyak mengambil inspirasi daripada era sejarah China dan Jepun, nama sebenar negara-negara tersebut tidak digunakan sama sekali. Sebaliknya, pasukan memfokuskan kepada intipati seni, seni bina, dan keindahan era berkenaan ke dalam satu visi selaras.

Boundary turut menjelaskan bahawa kosmologi ini bukanlah bertujuan untuk menyampaikan mesej moral tertentu. Menurut mereka:

“Kami tidak berniat untuk menyampaikan sebarang mesej khusus melalui kosmologi Buddha atau latar dunia permainan ini. Ia lebih kepada menggunakan konsep-konsep tersebut sebagai asas kepada latar dan world-building game ini.”

Aksi Hack-and-Slash dan Boss Fight Sengit

Dalam membina sistem combat, Boundary memperuntukkan masa dan sumber pembangunan yang besar untuk menyelesaikan dilema biasa dalam genre ARPG; iaitu membolehkan pemain menghapuskan gerombolan musuh yang ramai sambil mengekalkan tekanan pertarungan berisiko tinggi yang memerlukan ketepatan.

“Bagi mencari hala tuju combat TARAE yang tersendiri, kami mencurahkan banyak sumber dan usaha dalam pembangunannya,” kongsi mereka.

“Kami ingin menyeimbangkan aspek hack-and-slash—di mana pemain boleh menghapuskan kumpulan musuh yang besar—dengan tekanan dan intensiti boss combat.”

Mencari titik keseimbangan antara dua rentak pertarungan ini menjadi asas penting kepada struktur mekanik combat dan kemajuan gameplay.

Reka Bentuk Boss Berasaskan Konsep, Dongeng, dan Mekanik Khusus

Boundary mengelak kecenderungan biasa genre ini yang sering mengitar semula model boss dengan sekadar menaikkan nyawa dan stat.

“Kami mahu mengelak pendekatan yang biasa dilihat dalam ARPG tradisional, di mana pemain hanya melawan versi boss yang sama dengan kuasa yang ditingkatkan,” ulas pasukan tersebut.

“Sebaliknya, kami ingin memberi sebab kepada pemain untuk melawan setiap boss dan membuatkan mereka berfikir tentang cara menghadapi setiap situasi yang berbeza.”

Untuk mencapai variasi ini bagi lebih daripada 80 pertembungan unik, Boundary menerapkan aliran kerja terbuka di mana combat designer dan concept artist bekerjasama secara rapat.

Tanpa arahan satu hala dari atas, pasukan seni berkongsi konsep visual dan latar belakang, yang kemudian diterjemahkan oleh kedua-dua pihak menjadi mekanik dan gimik unik.

Pasukan ini turut berkongsi beberapa contoh tentang pendekatan berasaskan konsep ini:

  • The Blind Warrior: Tidak dapat melihat, pendekar pedang ini bergantung sepenuhnya pada pendengaran. Dia melagakan bilah pedangnya untuk menghasilkan getaran bagi mengesan kedudukan pemain.
  • The Flame Wielder: Boss yang seluruh moveset serangannya berpusat pada mekanik api dan pengurusan haba.
  • The Child-Seeking Yokai: Diinspirasikan daripada dongeng Jepun, boss ini berdasarkan kisah tragis seorang wanita yang dikuasai rasa tamak dan terdesak untuk memiliki anak, di mana obsesi ini mempengaruhi corak serangannya.

Dengan mengutamakan penyelesaian masalah mengikut situasi (seperti menyedari bila waktu yang tepat untuk berundur ke kawasan bercahaya), studio ini mahu setiap pertarungan memberi ganjaran kepada intuisi pemain.

“Apabila pemain berjaya menyelesaikan mekanik ini sendiri, mereka akan merasa kepuasan dan pencapaian,” kata pembangun.

“Rasa penemuan dan kejayaan itulah yang ingin kami berikan kepada pemain.”

Perbezaan Mod Campaign dan Endgame

Gameplay loop asas bagi TARAE: The Unbound berubah antara mod campaign dan fasa endgame yang berunsurkan roguelike.

Sepanjang jalan cerita utama, pemain akan menikmati pengalaman single-player berteraskan naratif, di mana perkembangan watak berlaku secara semula jadi mengikut plot cerita dan kejayaan lebih bergantung kepada skil mekanikal pemain dalam bertarung.

Namun sebaik sahaja tamat jalan cerita utama, sistem roguelike akan mula dibuka dan tumpuan beralih kepada aspek “theorycrafting”.

“Dalam mod campaign, pemain akan merasa pengalaman single-player dan kami lebih memfokuskan kepada naratif sepanjang kempen ini,” jelas Boundary.

“Selepas selesai campaign, pemain akan beralih ke kandungan endgame. Pada tahap itu, aktiviti item looting dan character build akan menjadi jauh lebih penting.”

Walaupun skil dan ketangkasan pemain memadai untuk melepasi jalan cerita, kebolehan memilih loot yang tepat, menggabungkan sinergi perks, dan menyusun build tersendiri adalah kunci utama untuk terus hidup dalam fasa endgame.

Game ini akan dilancarkan di PC (melalui Steam dan Epic Games Store), PlayStation 5, serta Xbox Series X|S pada tahun 2027. Untuk maklumat lanjut, layari laman web rasmi.

Tags: EksklusifTARAE: The Unbound
ShareTweetSend
Previous Post

SteamDB Diserahkan Kepada Nexus Mods, Pengasas ‘Burnout’ Kerana Urus Laman Seorang Diri

Next Post

[Eksklusif] Keluar Dari Persaraan Demi Sahabat, Kupasan Mendalam The Witcher 3: Songs of the Past

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

[Eksklusif] Keluar Dari Persaraan Demi Sahabat, Kupasan Mendalam The Witcher 3: Songs of the Past
Eksklusif

[Eksklusif] Keluar Dari Persaraan Demi Sahabat, Kupasan Mendalam The Witcher 3: Songs of the Past

September 3, 2026
SteamDB Diserahkan Kepada Nexus Mods, Pengasas ‘Burnout’ Kerana Urus Laman Seorang Diri
Berita

SteamDB Diserahkan Kepada Nexus Mods, Pengasas ‘Burnout’ Kerana Urus Laman Seorang Diri

September 3, 2026
Dragon Ball Super: Beerus Akan Ditayangkan 11 Oktober Di Jepun, Bukan Remake Tetapi Versi “Enhanced”
Anime

Dragon Ball Super: Beerus Akan Ditayangkan 11 Oktober Di Jepun, Bukan Remake Tetapi Versi “Enhanced”

September 3, 2026
Next Post
[Eksklusif] Keluar Dari Persaraan Demi Sahabat, Kupasan Mendalam The Witcher 3: Songs of the Past

[Eksklusif] Keluar Dari Persaraan Demi Sahabat, Kupasan Mendalam The Witcher 3: Songs of the Past

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Bleach: Zaraki Kenpachi Akhirnya Pakai Bankai; Hitsugaya Tōshirō Lepaskan Bankai Sebenar
Anime

Bleach: Zaraki Kenpachi Akhirnya Pakai Bankai; Hitsugaya Tōshirō Lepaskan Bankai Sebenar

August 20, 2026
Bos WIT Studio Dedah Sebab MAPPA Ambil Alih Attack on Titan Untuk Musim Terakhir
Anime

Bos WIT Studio Dedah Sebab MAPPA Ambil Alih Attack on Titan Untuk Musim Terakhir

August 19, 2026
Kingdom Hearts 4 – Gameplay Baru Dunia ‘Coco’, Pelancaran Lewat 2027 Serta Anime Original Disney+
Berita

Kingdom Hearts 4 – Gameplay Baru Dunia ‘Coco’, Pelancaran Lewat 2027 Serta Anime Original Disney+

August 15, 2026
Menurut Data, Ratusan Anak Indonesia Diberi Nama Naruto, Luffy, Nobita & Banyak Lagi
Anime

Menurut Data, Ratusan Anak Indonesia Diberi Nama Naruto, Luffy, Nobita & Banyak Lagi

August 12, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd