Edisi terbaru V-Jump telah mengesahkan bahawa edisi percuma Dragon Ball Xenoverse 2 akan datang ke Nintendo Switch.
Juga dinamakan sebagai Dragon Ball Xenoverse 2 Lite, ianya dijangkakan bakal berada dipasaran pada musim panas ini; sekitar bulan Jun-September 2019. Berikut adalah butiran berkenaan edisi Lite game ini:
- Gamers akan dapat memainkan 5 episod story – “Raditz’s Attack,” “The Saiyan Threat,” “Ruckus on Planet Namek,” “The Ginyu Force Strikes,” dan “The Galactic Emperor” – semuanya daripada game utama.
- Turut serta dalam Online Battle dan Online Quest – boleh dimainkan bersama dengan pemain-pemain yang memiliki edisi penuh game ini (acara online dan expert mission tetap akan menjadi ekslusif kepada pemilik edisi penuh)
- Bertarung dalam mod Hero Colosseum, dengan semua kandungan dan Online Match.
- Data simpanan dalam edisi Lite boleh dibawa kepada edisi penuh sekiranya pemain berhasrat untuk membelinya.
Edisi penuh game ini pula kini telahpun berada di PC, PS4, Xbox One dan Switch.
Sumber: Nichegamer
@gamersantaimy
Discussion about this post