Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

“Edgerunners Merupakan Karya Standalone” — Anime Cyberpunk Tidak Menerima Sekuel Baru!

Maira by Maira
October 19, 2022
in Animasi, Anime, Artikel, Berita
0 0
0
“Edgerunners Merupakan Karya Standalone” — Anime Cyberpunk Tidak Menerima Sekuel Baru!
Share on FacebookShare on Twitter

Rasanya, ramai yang sudah menonton anime Cyberpunk: Edgerunners. Kepada anda yang tidak mengetahui siri ini, ia merupakan adaptasi daripada game yang dibangunkan oleh CD Projekt Red (CDPR) iaitu Cyberpunk 2077. Populariti anime tersebut telah membangkitkan semula jumlah pemain game tersebut malah pemain lama juga kembali untuk bermain kemas kini terbaru.

Dengan reaksi positif ini, mesti ada peminat yang menganggap bahawa anime Cyberpunk: Edgerunners akan mendapat musim terbaru. Malang sekali, perkara itu tidak akan terjadi.

Melalui sebuah temu ramah, Pengurus CDPR Jepun, Satoru Honma telah ditanya sama ada penerimaan positif Edgerunners bermakna musim kedua mungkin dikerjakan. Malangnya, dia telah mendakwa bahawa Edgerunners tidak mempunyai musim kedua dan hanya dirancang sebagai sebuah karya standalone.

Tambahnya lagi, dia sendiri ingin terus bekerjasama dengan studio Jepun untuk hasilkan lebih banyak anime pada masa hadapan setelah melihat maklum balas positif yang sangat baik. Jika pihak mereka menghasilkan lebih banyak anime, dia tidak tahu jika ia merupakan musim kedua Edgerunners atau siri lain yang berbeza.

Nampaknya ada peluang kecil untuk CD Projekt Red boleh menghasilkan lebih banyak anime pada masa hadapan. Tetapi peluang untuk melihat Cyberpunk:Edgerunners musim kedua agak tipis. Ada kemungkinan juga ia tidak dirancang langsung untuk musim terbaru.

Walaupun begitu, francais Cyberpunk tidak akan berhenti di situ sahaja, kerana lebih banyak lagi perkara menarik yang menanti. Antaranya ialah sekuel kepada Cyberpunk 2077. Buat sementara waktu ini, tiada maklumat lanjut yang diberikan mengenainya tetapi kita boleh nantikannya nanti. Mungkin ia juga lebih baik berbanding Cyberpunk 2077.

Kalau CDPR ada rancangan untuk buat musim baru untuk Cyberpunk: Edgerunners, penceritaan apa pula yang akan disampaikan pula? Apa pula pendapat anda? Boleh kongsikannya di ruangan komen. Untuk mendapatkan segala liputan mengenai francais, sila klik pautan ini.

Tags: Cyberpunk 2077CYBERPUNK: EDGERUNNERS
Previous Post

DualSense Edge Akan Tersedia di Malaysia Pada 26 Januari! Berharga RM 999!

Next Post

Red Dead Redemption 1 dibuang daripada PS4 & PS5, kini tidak wujud di PS Store!

Maira

Maira

Terperangkap dalam game gacha (grind sampai habis bateri fon). Game rhythm dan JRPG memang berpisah tiada. Kadang-kadang melukis sambil layan stream VTuber.

Related Posts

Game Terakhir Dalam Trilogi, Final Fantasy VII Revelation Akan Datang 8 April 2027
Berita

Game Terakhir Dalam Trilogi, Final Fantasy VII Revelation Akan Datang 8 April 2027

September 3, 2026
Previu FINAL FANTASY RESONANCE – Pandang Pertama Prologue & Dungeon Termasuk Combat
Preview

Previu FINAL FANTASY RESONANCE – Pandang Pertama Prologue & Dungeon Termasuk Combat

September 3, 2026
Jin Sakai Kembali Dalam Ghost of Yōtei; Mod Roguelike ‘Most Wanted’ Dijelaskan
Berita

Jin Sakai Kembali Dalam Ghost of Yōtei; Mod Roguelike ‘Most Wanted’ Dijelaskan

September 3, 2026
Next Post
Red Dead Redemption 1 dibuang daripada PS4 & PS5, kini tidak wujud di PS Store!

Red Dead Redemption 1 dibuang daripada PS4 & PS5, kini tidak wujud di PS Store!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Bleach: Zaraki Kenpachi Akhirnya Pakai Bankai; Hitsugaya Tōshirō Lepaskan Bankai Sebenar
Anime

Bleach: Zaraki Kenpachi Akhirnya Pakai Bankai; Hitsugaya Tōshirō Lepaskan Bankai Sebenar

August 20, 2026
Bos WIT Studio Dedah Sebab MAPPA Ambil Alih Attack on Titan Untuk Musim Terakhir
Anime

Bos WIT Studio Dedah Sebab MAPPA Ambil Alih Attack on Titan Untuk Musim Terakhir

August 19, 2026
Kingdom Hearts 4 – Gameplay Baru Dunia ‘Coco’, Pelancaran Lewat 2027 Serta Anime Original Disney+
Berita

Kingdom Hearts 4 – Gameplay Baru Dunia ‘Coco’, Pelancaran Lewat 2027 Serta Anime Original Disney+

August 15, 2026
Menurut Data, Ratusan Anak Indonesia Diberi Nama Naruto, Luffy, Nobita & Banyak Lagi
Anime

Menurut Data, Ratusan Anak Indonesia Diberi Nama Naruto, Luffy, Nobita & Banyak Lagi

August 12, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd