Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

EA kembali ke STEAM dengan membawa lebih 25 game termasuk Need for Speed™ Heat!

Juga EA Access akan datang juga!

Nyny.A by Nyny.A
June 5, 2020
in Artikel, Berita, PC, Steam
0 0
0
EA kembali ke STEAM dengan membawa lebih 25 game termasuk Need for Speed™ Heat!
Share on FacebookShare on Twitter

Yay nampaknya Electronic Arts atau EA secara rasmi membawa kembali permainannya ke STEAM! Bermula hari ini, gelombang pertama sehingga 25+permainan EA akan dibawa ke Steam! Ya bermula dengan beberapa permainan popular termasuk permainan RPG dari BioWare yang memenangi anugerah iaitu Dragon Age, alami aksi perlumbaan tanpa henti dengan kereta yang hebat dalam Need for Speed: Heat, Need for Speed : Rivals dan Need for Speed (2016) serta alami keseronokan menembak zombi dengan tumbuh tumbuhan dalam Plants vs. Zombies: Battle for Neighborvill. 

Pilihan permainan berani dan inovatif dari pembangunan indie EA seperti  Unravel, Unravel II, Fe and Sea of Solitude juga akan tersedia. Selain itu, kesemua permainan ini dan banyak lagi akan menjadi sebagai sebahagian daripada langganan EA Access di Steam yang akan dilancarkan pada akhir musim panas ini!

“Kami ingin mempermudahkan permainan yang anda sukai, di mana sahaja anda mahu bermain. Menyampaikan permainan kepada komuniti Steam adalah langkah penting dalam mencapai matlamat ini ”

“Kami bukan sahaja bersemangat untuk mengadakan permainan kami di Steam, tetapi kami berharap dapat memberikan nilai lebih kepada mereka apabila langganan kami tersedia pada musim panas ini.”

-Mike Blank, SVP, Strategic Growth.

Permainan EA baru yang dikembangkan untuk PC juga akan dilancarkan di Steam bersama platform lain, termasuk Command & Conquer Remastered Collection, memberikan sokongan mod dengan Steam Workshop kerana permainan ini adalah salah satu francais RTS utama pertama yang membuka sumber kod mereka di bawah GPL. Kompilasi, yang dibuat untuk dan dengan bantuan komuniti, terdiri daripada Command & Conquer: Tiberian Dawn, Command & Conquer: Red Alert dan tiga pek pengembangan mereka – Covert Ops, Counterstrike dan The Aftermath.

EA Access memberi akses kepada ahli ke portfolio permainan EA yang luas, faedah ahli yang berharga dan potongan harga untuk pembelian, pengembangan dan item dalam permainan EA penuh. EA telah menawarkan perkhidmatan langganan sejak tahun 2014 dan kini menjangkau pemain di platform Xbox One, PlayStation 4 dan Origin. Untuk maklumat lebih lanjut mengenai perkhidmatan langganan EA, sila lawati laman web rasminya. Maklumat lebih lanjut mengenai permainan yang akan diadakan untuk Steam akan datang.

Jom ke STEAM EA sekarang!
Tags: eaEA Access SteamElectronic Artssteam
Previous Post

RPG terkenal The Outer Worlds sudah dilancarkan untuk pelantar Nintendo Switch!

Next Post

Game Metroidvania popular Dead Cells boleh dimuat turun di Play Store!

Nyny.A

Nyny.A

Bekas pelajar Multimedia Creative. Lebih Independent. Layan game FPS sampai lebam. Open world pun kalau kena jalan cerita kita on je. Manga Anime untuk luang masa. Geng streamer dan esports, Interview developer, pemain esports, Influencer, lagi2 support lokal! Memang hantu gaming dah lama dari zaman CC dulu. Jangan lupa ikuti laman sosial untuk hubungi saya.

Related Posts

MSI Prestige N16 Flip AI+ Bawa Kuasa AI 1 Petaflop Melalui Cip RTX Spark!
Teknologi

MSI Prestige N16 Flip AI+ Bawa Kuasa AI 1 Petaflop Melalui Cip RTX Spark!

June 3, 2026
Claw 8 EX AI+ & Titan 18 HX Dragon Edition Memimpin Barisan Produk Terbaru MSI Di COMPUTEX 2026!
Teknologi

Claw 8 EX AI+ & Titan 18 HX Dragon Edition Memimpin Barisan Produk Terbaru MSI Di COMPUTEX 2026!

June 3, 2026
Apple Umum Pemenang Apple Design Awards 2026 – Senarai Penuh Game & Aplikasi!
Anugerah

Apple Umum Pemenang Apple Design Awards 2026 – Senarai Penuh Game & Aplikasi!

June 3, 2026
Next Post
Game Metroidvania popular Dead Cells boleh dimuat turun di Play Store!

Game Metroidvania popular Dead Cells boleh dimuat turun di Play Store!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd