EA Originals Label telah mengumumkan kerjasama baharu dengan KOEI TECMO dan Omega Force, studio di belakang siri Warriors yang popular, termasuk DYNASTY WARRIORS dan SAMURAI WARRIORS, untuk membangunkan dan mengeluarkan game “memburu AAA hebat seterusnya.” IP original ini memberikan pengalaman AAA berpangkalan di Jepun feudal fantasi, di mana maklumat lanjut tentang game baharu ini akan datang pada hujung bulan ini.
“Ia adalah satu penghormatan untuk bekerjasama dengan EA Originals dan mendapat sokongan pasukan yang mempunyai rekod prestasi yang luar biasa dalam mengeluarkan game baharu yang hebat.”
“Pasukan EA menerima sepenuhnya kebebasan kreatif kami dan telah menjadi rakan kongsi berharga yang menawarkan sokongan pembangunan dan penerbitan. Tambah dengan sumber global EA dengan sumber sendiri akan membantu kami memperkenalkan jenis game memburu baharu kepada khalayak pemain global dan meluaskan jangkauan kami ke pasaran global.”
“Saya sangat menantikan hari pemain dari seluruh dunia boleh bermain game baharu ini.”
kata Yosuke Hayashi, Naib Presiden Eksekutif KOEI TECMO GAMES CO, LTD.
Sebahagian daripada KOEI TECMO GAMES, pemaju Omega Force bertanggungjawab untuk banyak game ikonik di pelbagai genre, daripada game hack-and-slash, kepada game aksi memburu dan banyak lagi. Selain siri Warriors yang popular, studio ini juga terkenal dengan projek-projek seperti Attack on Titan, Dragon Quest, Fire Emblem, Hyrule Warriors dan banyak lagi.
“Untuk mengembangkan lagi kejayaan luar biasa EA Original, termasuk keluaran terbaru It Takes Two dan Knockout City, kami sangat teruja untuk bekerjasama dengan pasukan Omega Force yang sangat berbakat.”
“Mereka telah meningkatkan genre memburu ke tahap seterusnya, menggabungkan bakat mereka dalam gameplay pertempuran dengan mekanik yang tidak dijangka dan inovatif. Kami tidak sabar untuk memperkenalkan pengembaraan baharu mereka kepada dunia pada hujung bulan ini.”
kata Jeff Gamon, Pengurus Besar EA Partners.
Untuk membaca segala liputan tentang game terbitan EA, sila tekan pautan ini.
@gamersantaimy
Discussion about this post