Semasa acara Nintendo E3 2021, Nintendo akhirnya mendedahkan entri seterusnya dalam siri WarioWare, dan rupanya ia akan datang lebih awal dari yang dijangkakan. WarioWare: Get it Together telah diumumkan untuk pelantar Nintendo Switch, dan ia bakal dilancarkan pada bulan September 2021.
Permainan baru ini diturunkan bersama sebuah trailer pendek yang menampilkan gameplay dan beberapa mini-game baru yang boleh dicuba oleh pemain. Salah satu perubahan terbesar dalam entri baru ini adalah pemain boleh mengendalikan beberapa watak ikonik dari siri seperti Mona, Ashley, dan bahkan Wario sendiri.
Sebagai tambahan, daripada menggunakan butang untuk berinteraksi dengan apa-apa objek, pemain sebenarnya dapat menggerakan watak untuk menyelesaikan mini-game. Akhir sekali, gameplay co-op juga membolehkan pemain untuk bermain dengan rakan di sisi.
WarioWare: Get it Together mempunyai lebih dari 200 mini-game, dan pemain akan dapat menggunakan fitur “local wireless” untuk bermain dengan rakan, ataupun kedua-dua pemain menggunakan satu sistem tunggal. Berdasarkan gameplay yang ditunjukkan dalam trailer di atas, nampaknya kebanyakan mini-game adalah baru.
WarioWare: Get it Together hanyalah salah satu permainan yang diumumkan oleh Nintendo. Juga diumumkan semasa acara Nintendo E3 2021 adalah permainan Metroid Dread, Shin Megami Tensei, Breath of the Wild 2, dan banyak lagi.
WarioWare: Get it Together akan dilancarkan untuk Nintendo Switch pada 10 September. Untuk segala liputan kami tentang berita E3, sila tekan pautan ini.
Sumber – Nintendo
@gamersantaimy
Discussion about this post