Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

[E3 2021] Stranger of Paradise: Final Fantasy Origin didedahkan, Demo tersedia di PS5!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
June 14, 2021
in Acara, ARPG, Artikel, Berita, Pameran/Expo, PC, PS4, PS5, Xbox One, Xbox Series X|S
0 0
0
[E3 2021] Stranger of Paradise: Final Fantasy Origin didedahkan, Demo tersedia di PS5!
Share on FacebookShare on Twitter

Di penutup acara Square Enix E3 2021, kita dapat melihat tayangan perdana untuk Stranger of Paradise: Final Fantasy Origin! Dibuat oleh Team Ninja, ini ialah permainan ala-ala Dark Souls untuk francais ikonik Final Fantasy yang menceritakan semula kisah permainan asal. Banyak yang dibongkarkan dalam trailer di bawah, di mana kita boleh melihat gameplay-nya yang brutal. Saya tahu ramai peminat telah mendengar khabar angin tentang permainan ini di internet, tetapi akhirnya ia diumumkan secara rasmi.

Jalan cerita sebenarnya tidak merumitkan. Empat “Warriors of Light” dari ramalan dilihat sedang memasuki Shrine of Chaos. Apa misi mereka? Mereka datang untuk membunuh Chaos. Di sini, kita akan diperkenalkan kepada Jack, Ash, dan Jed sebagai Warriors of Light dalam kisah baru untuk permainan Final Fantasy ini. Seperti permainan asli, Square Enix menyatakan bahawa pemain boleh menukr kelas pekerjaan watak kepada Black Mage, Dragoon, dan Warrior. Mungkin lebih banyak lagi masih belum diumumkan.

Stranger of Paradise: Final Fantasy Origin akan datang pada tahun 2022, tetapi peminat yang bersemangat tidak perlu menunggu lama untuk mencuba. Versi Demo akan memberi peluang kepada pemilik PS5 untuk mencuba permainan. Namun, mereka hanya dapat menguji Stranger of Paradise: FF Origin sehingga 24 Jun 2021.

Itu sahaja info yang saya tahu buat masa ini. Stranger of Paradise Final Fantasy Origin akan keluar di PS4, PS5, Xbox One, Xbox Series X, dan PC pada tahun 2022, manakala versi Demo akan tersedia di PS5 hingga 24 Jun 2021. Untuk segala liputan kami tentang berita E3, sila tekan pautan ini.

Sumber –  Square Enix

Tags: APRGE3PCPS4ps5square enixStranger of Paradise Final Fantasy Originxbox
Previous Post

[E3 2021] Aksi kejar-mengejar baru di negara Mexico dalam Forza Horizon 5

Next Post

[E3 2021] Babylon’s Fall membuka ujian beta untuk PC, PS4 & PS5!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

animate KL Bakal Anjur Sonic the Hedgehog 35th Anniversary Fair & Gratte Cafe Bermula 6 Jun!
Jom Singgah!

animate KL Bakal Anjur Sonic the Hedgehog 35th Anniversary Fair & Gratte Cafe Bermula 6 Jun!

June 5, 2026
Reviu Farming Simulator 26 (Nintendo Switch) – Pertanian Santai “On-The-Go,” Tapi Grafik Pula Kurang Menjadi
Review

Reviu Farming Simulator 26 (Nintendo Switch) – Pertanian Santai “On-The-Go,” Tapi Grafik Pula Kurang Menjadi

Pokémon Center Singapore Bakal Dibuka Semula 1 Julai 2026 – Wajah Baru, Merchandise Baru!
Jom Singgah!

Pokémon Center Singapore Bakal Dibuka Semula 1 Julai 2026 – Wajah Baru, Merchandise Baru!

June 5, 2026
Next Post
[E3 2021] Babylon’s Fall membuka ujian beta untuk PC, PS4 & PS5!

[E3 2021] Babylon's Fall membuka ujian beta untuk PC, PS4 & PS5!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd