Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

[E3 2021] Razer mengumumkan Razer Blade 14 (2021) & Razer USB-C GaN Charger!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
June 15, 2021
in Artikel, Berita, Komputer, Laptop, Pameran/Expo, Teknologi
0 0
0
[E3 2021] Razer mengumumkan Razer Blade 14 (2021) & Razer USB-C GaN Charger!
Share on FacebookShare on Twitter

Di Razer E3 Keynote hari ini, mereka telah mengumumkan kepulangan Razer Blade 14! Setelah mendiamkan diri selama tiga tahun, Blade 14 kembali sebagai Razer Blade pertama yang menampilkan pemproses AMD iaitu AMD Ryzen 9 5900HX. Razer Blade 14 (2021) juga akan menampilkan GPU setinggi NVIDIA GeForce RTX 3080, dan paparan sehingga Quad HD 165Hz. Antara fitur lain yang ditawarkan untuk laptop gaming 14-inci ini adalah per-key Razer Chroma RGB backlighting, THX Spatial Audio untuk bunyi dinamik, dan port I/O yang banyak untuk kerja seharian.

Sebagai Razer Blade pertama yang mempunyai pemproses AMD, AMD Ryzen 9 5900HX 8-core, 16-thread mempunyai “boost clock” maksimum hingga 4.6GHz, yang membolehkannya menguruskan beban kerja yang padat dengan pantas, dan mengurangkan latensi ketika bermain. Blade 14 baru juga memberikan tempoh bateri sehingga 12 jam sehingga kepada pengguna supaya kita tidak perlu mengecas setiap masa.

 

1 of 5
- +

Blade 14 (2021) menampilkan GPU laptop NVIDIA GeForce RTX 30 Series sehingga NVIDIA GeForce RTX 3080. Dibina dengan seni bina Ampere NVIDIA, RTX 30 Series menawarkan fitur ray tracing yang lebih baik dan ciri AI yang canggih. Selain daripada prestasi grafik yang lebih hebat, GeForce RTX 30 Series dilengkapi dengan ciri-ciri teknologi Max-Q seperti Dynamic Boost dan Whisper Mode 2.

Selain itu, Blade 14 menawarkan paparan Full HD 144Hz hingga Quad HD 165Hz, di mana kedua-dua panel IPS menawarkan liputan warna yang baik dan mampu mencapai hingga 100% SRGB pada panel Full HD dan hingga 100% DCI-P3 pada panel Quad HD. Refresh rate yang tinggi dari kedua panel bersama dengan teknologi AMD FreeSync Premium memberikan pengalaman visual yang segar dan lancar.

Ukuran saiz Blade 14 adalah 0.66 x 8.66 x 12.59, lantas menjadikannya komputer riba gaming 14″ terkecil di dunia. Untuk mencapai prestasi teknikal ini, Blade 14 menggunakan solusi vapor chamber cooling dan bukannya sistem paip haba yang besar. Solusi ini menggunakan cecair untuk menghilangkan haba dari komponen penting. Bersama dengan dua kipas, masing-masing mempunyai 88 bilah kipas dengan ketebalan 0.1 mm, ia akan menarik udara sejuk dan mengeluarkan udara panas untuk memastikan CPU dan GPU dapat beroperasi pada kapasiti maksimum sambil kekal sejuk.

Di bahagian atas produk adalah webcam 720p untuk panggilan digital ketika bekerja di rumah, dengan sensor IR untuk ciri login yang selamat dan lancar melalui Windows Hello. Di bahagian kiri dan kanan papan kekunci adalah pembesar suara THX Spatial Audio. Di bahagian sisi pula adalah beberapa port termasuk dua port USB 3.2 Gen 2 Type-C, dua port USB 3.2 Gen 2 Type-A, HDMI 2.1, dan bicu 3.5mm.

Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai Razer Blade 14 2021, sila tekan pautan ini.

Pengecas Razer USB-C GaN

Selain Razer Blade 14, Razer juga mengumumkan peranti mengecas Gallium Nitride (GaN) pertama iaitu Razer USB-C GaN charger. Dengan memanfaatkan teknologi GaN, pengecas baru ini sangat sesuai untuk para gamer, prosumer, atau mereka yang suka berjalan. Dengan menawarkan kuasa pengecasan hingga 130W antara dua port USB-C dan dua port USB-A, ia membolehkan pengguna mengecas telefon pintar, tablet, atau komputer riba, walaupun saiz sekecil poket.

Teknologi GaN dalam pengecas bukan sahaja lebih efisien dari segi saiz dan penyampaian kuasa berbanding dengan pengecas tradisional, tetapi juga bagus dari segi prestasi termal. Ini mengurangkan risiko pemanasan berlebihan atau isu litar pintas.

Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai pengecas GaN USB-C Razer baru, sila tekan pautan ini.

Harga & Ketersediaan

Razer Blade 14 (2021) bermula pada nilai harga $1799.99 (anggaran RM7,406.96) dan kini boleh didapati di Razer.com, kedai RazerStore, dan pengedar terpilih. Pengecas Razer USB-C GaN pula kini tersedia pada nilai harga $179.99 (anggaran RM740.66) di Razer.com dan kedai RazerStore.

Tags: E3LaptopPengecas Razer USB-C GaNrazerRazer Blade 14
Previous Post

[E3 2021] Capcom rasmi akan memberi Resident Evil Village kemaskini DLC

Next Post

[E3 2021] Razer mengumumkan Raptor 27 (2021), monitor THX® pertama di dunia!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

MSI Prestige N16 Flip AI+ Bawa Kuasa AI 1 Petaflop Melalui Cip RTX Spark!
Teknologi

MSI Prestige N16 Flip AI+ Bawa Kuasa AI 1 Petaflop Melalui Cip RTX Spark!

June 3, 2026
Claw 8 EX AI+ & Titan 18 HX Dragon Edition Memimpin Barisan Produk Terbaru MSI Di COMPUTEX 2026!
Teknologi

Claw 8 EX AI+ & Titan 18 HX Dragon Edition Memimpin Barisan Produk Terbaru MSI Di COMPUTEX 2026!

June 3, 2026
Apple Umum Pemenang Apple Design Awards 2026 – Senarai Penuh Game & Aplikasi!
Anugerah

Apple Umum Pemenang Apple Design Awards 2026 – Senarai Penuh Game & Aplikasi!

June 3, 2026
Next Post
[E3 2021] Razer mengumumkan Raptor 27 (2021), monitor THX® pertama di dunia!

[E3 2021] Razer mengumumkan Raptor 27 (2021), monitor THX® pertama di dunia!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd