Nintendo telah mengumumkan info baru mengenai DLC Expansion Pass Hyrule Warriors Age of Calamity akan datang, yang akan dibahagikan kepada dua “fasa”. Fasa pertama yang berjudul “Pulse of the Ancients” akan dilancarkan pada 18 Jun 2021 manakala yang kedua, berjudul “Guardian of Remembrance”, akan dilancarkan pada November 2021.
Fasa DLC pertama akan merangkumi jenis senjata baru untuk Link dan Zelda, serta musuh yang lebih kuat dan tahap kesukaran “Apocalyptic”. Salah satu contoh ialah senjata Flail milik Link akan mempunyai kemampuan mencuri senjata serta serangan jarak jauh. Selain itu, pemain juga dapat mengawal “Battle-Tested Guardian” baru. Seterusnya, cabaran baru dan musuh yang lebih sukar akan ditambahkan ke dalam permainan, termasuk Giant Chuchu dan Wizzrobe yang lebih kuat.
Berikut adalah senarai semua kandungan yang akan ditambahkan di “Pulse of the Ancients”:
- Watak baru: Battle-Tested Guardian
- Jenis Senjata Baru:
- Flail untuk Link
- Master Cycle untuk Zelda
- Tahap Kesukaran Apocalyptic
- Cabaran Royal Ancient Lab baru
- Musuh baru yang lebih mencabar
- Wizzrobe peringkat tinggi
- Giant Chuchu
Fasa pertama untuk Hyrule Warriors Age of Calamity- DLC Expansion Pass akan dilancarkan di Nintendo eStore pada 18 Jun 2021. Fasa kedua pula dirancang untuk keluar pada November 2021. Untuk segala liputan kami tentang berita E3, sila tekan pautan ini.
Sumber – Nintendo
@gamersantaimy
Discussion about this post