Sebuah bandar yang suram dan post-BREXIT akan menjadi latar belakang Watch Dogs: Legion, permainan ketiga dalam francais aksi dunia terbuka. Pada pembukaan Ubisoft di E3, penerbit menunjukkan bahawa siri penggodam ini akan dilancarkan pada tahun hadapan.
Apa yang menarik dan terbaru dalam permainan ini adalah, tidak ada protagonis tetap. Pemain boleh merekrut pasukan penggodam mereka dari mana-mana pejalan kaki yang berjalan-jalan di sekitar London. Korang boleh bermain sebagai salah satu watak yang diingini dan pelbagai, dan salah seorang daripada mereka adalah seorang nenek tua yang kuat dan boleh berlawan musuhnya dengan taser. Terdapat juga kenderaan ala-ala drone terbang yang boleh dinaiki, seperti ciptaan rakyat Malaysia bukan?
Watch Dogs Legion akan hadir 6 Mac 2020.
@gamersantaimy
Discussion about this post