Daemon X Machina adalah game yang diumumkan akan datang di konsol mudah alih Nintendo Switch. Dibangunkan oleh Marvelous, ianya merupakan game Mecha yang dikuasakan oleh Unreal Engine 4. Mungkin sesetegah daripada korang biasa dengan design Mecha tersebut kerana ketua kepada pembangun game ini adalah Kenishiro Tsukuda, orang yang bertanggungjawab dalam membangunkan Armored Core.
Kenishiro Tsukuda memanggil game ini sebagai Armored Core yang mempunyai persekitaran yang boleh di musnahkan, game ini akan memberikan pemain ciri yang lebih seperti Mode Multiplayer. Dengan persekitaran yang boleh dimusnahkan, pemain boleh runtuhkan bangunan keatas musuh, pemain juga boleh mengambil senjata musuh dan gunakannya. Pemain juga boleh menggunakan persekitaran sebagai senjata, sebagai contoh kereta yang boleh dibaling terhadap musuh, juga sign post!
Semestinya korang masih boleh membeli senjata seperti pedang, bazooka juga boleh membeli Mecha yang baru dengar kadar mata wang yang korang peroleh dari “Orders”. Ianya merupakan misi Mercenary dan ia juga akan mempengaruhi jalan cerita sedikit sebanyak tertakluk akan “Orders” yang korang pilih semasa bermain.
Dari trailer sudah cukup untuk apa yang kita tahu buat masa ini. Akan banyak lagi info yang akan dikeluarkan pada masa hadapan dan diakatakan akan dikeluarkan pada tahun depan,2019 di seluruh dunia untuk Nintendo Switch!
@gamersantaimy
Discussion about this post