Pertama kali aku tahu pasal Pokemon: Lets’s GO! Pikachu / Evee ni beberapa minggu lepas, tapi, dengan butiran yang tidak berapa lengkap. Hanya sekadar teaser trailer sahaja. Tetapi, semasa Nintendo Treehouse Live, aku dapat tengok gameplay demo untuk title terbaru game Pokemon.
Seperti yang didedahkan, sekarang ni, korang sebagai pemain, dah boleh nampak dan pilih Pokemon yang korang nak lawan. Didatangi dengan pelbagai saiz, ada Pokemon yang bersaiz besar, dan kecil. Untuk mengenal pasti, korang boleh melihat aura di sekitar Pokemon tersebut. Merah untuk besar dan biru untuk yang bersaiz kecil.
Saiz Pokemon tersebut akan menetapkan berapa banyak EXP yang korang akan dapat selepas perlawanan. Setiap pokemon yang ada di dalam party korang akan dapat EXP dari menangkap Pokemon, tetapi, Pokemon yang berlawan sudah pasti akan mendapat lebih.
Nilai CP terhadap Pokemon masih lagi merupakan elemen penting, korang boleh gunakan Candy untuk meningkatkan status Pokemon korang. Juga, partner Pokemon korang akan goyangkan ekor bila korang dekat dengan Item. Jadi, sentiasa berikan perhatian kepada Pokemon korang.
Pemain kedua boleh join bila-bila masa sahaja dengan menggunakan Link Code yang dibuat oleh Pokemon yang berbeza. Kedua pemain boleh berlawan dan menangkap bersama-sama. Dan akan ada bonus pada mereka yang baling Pokeball pada masa yang sama. Selain daripada itu, Safari Zone ditukar dengan GO Park, dimana, korang boleh tangkap Pokemon dari Pokemon GO di dalamnya.
Pokémon: Let’s Go, Pikachu! dan Pokémon: Let’s Go, Eevee! akan dilancarkan di Nintendo Switch pada 16 November.
@gamersantaimy
Discussion about this post