Naughty Dog telah melakukan satu kerja yang sangat baik semenjak dari The Last Of us. Sekarang dengan siri yang kedua, The Last Of Us 2, kita melihat bahawa Ellie telah membesar dan lebih badass dari dulu! Dengan Gameplay yang telah ditunjukkan semasa Sony PlayStation’s Media Showcase, kita dipertunjukkan dengan mendalam persekitarannya dimana untuk menjadi senyap, tidaklah susah.
Melihat Ellie mengawal situasi, dia boleh untuk terlepas dari musuh atau menyelinap dengan senang untuk membunuh musuh tanpa diketahui. Grafik game ini sangatlah terperinci apabila kita boleh melihat Ellie terluka dan real bila Ellie mengeluarkan shiv dari bahunya.
Seperti kita tahu, The Last Of Us, bukanlah game zombie apocalypse yang tipikal, Ellie merupakan seorang budak perempuan yang luar biasa dan semua inginkan Ellie, ini kerana? Aku tak nak spoil korang. Kepada yang dah main, pasti tahu apa kelebihan Ellie sehinggakan, semua mahu akan dirinya. Untuk kali ini, tidak kita nampak akan susuk tubuh Joel. Kemungkinan, kali ini lebih kepada penceritaan untuk misi menyelamat? Mungkin lah~
@gamersantaimy
Discussion about this post