Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Dwayne Johnson “The Rock” akan sertai produksi untuk filem It Takes Two

Maira by Maira
April 21, 2022
in Artikel, Berita, Filem, Game
0 0
0
Dwayne Johnson “The Rock” akan sertai produksi untuk filem It Takes Two
Share on FacebookShare on Twitter

It Takes Two, game multiplayer popular akan mendapat adaptasi filem oleh Amazon Studios. Game yang dibangunkan oleh Hazelight Studios dan diterbitkan oleh Electronic Arts, dilancarkan pada tahun lepas dengan sambutan yang memuaskan. Malah ia turut dinobatkan sebagai “Game of The Year” untuk The Game Awards 2021. Buka setakat itu sahaja, dengar cerita Dwayne Johnson atau The Rock juga akan sertai produksi untuk adaptasi filem It Takes Two ini.

It Takes Two is officially headed to the big screen with @TheRock and @josef_fares executive producing! 🎬https://t.co/N0G8MFVOiF

— Electronic Arts (@EA) April 20, 2022

Menurut Variety, Amazon akan mengendalikan projek itu bersama-sama Hazelight Studios, dan dj2 Entertainment. Dilaporkan juga bahawa Seven Bucks Productions, sebuah syarikat produksi yang diasaskan oleh superstar WWE yang bertukar menjadi pelakon Dwayne “The Rock” Johnson dan bekas isterinya Dany Garcia, telah menyertai produksi tersebut.

“It Takes Two mendapat filem, dengan projek itu kini disediakan di Amazon untuk pembangunan utama,” menurut laporan Variety. “Dwayne Johnson, Dany Garcia, dan Hiram Garcia akan menghasilkannya bagi pihak Seven Bucks. Menurut sumber, Dwayne mungkin juga membintangi filem itu, tetapi tidak ada bukti rasmi setakat ini.”

Pat Casey dan Josh Miller, penulis Sonic the Hedgehog dan Sonic the Hedgehog 2 akan bertanggungjawab dalam menghasilkan skrip filem It Takes Two. Buat masa ini, masih tiada tarikh tayangan yang didedahkan.

Untuk pengetahuan anda, It Takes Two menceritakan kisah pasangan, Cody dan May yang merancang untuk bercerai. Selepas mereka memberitahu hasrat itu kepada Rose, anak perempuan mereka, dia telah membuat patung yang menyerupai ibu bapanya. Sesuatu ajaib telah berlaku, dan menyebabkan Cody dan May terperangkap dalam badan patung tersebut. Hanya ada satu cara sahaja untuk mereka kembali ke badan asal mereka, iaitu titisan air mata Rose. Jadi, mereka terpaksa bekerjasama untuk mencari jalan ke badan asal mereka.

Game ini tersedia di pelbagai platform seperti PlayStation 4, PlayStation 5, Xbox One, Xbox X/S dan PC. Untuk dapatkan liputan lain mengenainya, sila klik pautan ini.

Tags: Dwayne JohnsonIt Takes TwoThe Rock
Previous Post

Xbox PC Game Pass dilancarkan secara rasmi di Malaysia, bayar RM5 untuk 3 bulan

Next Post

Soundbar PC ‘Razer Leviathan V2’ boleh didapati sekarang pada harga RM1,399.00

Maira

Maira

Terperangkap dalam game gacha (grind sampai habis bateri fon). Game rhythm dan JRPG memang berpisah tiada. Kadang-kadang melukis sambil layan stream VTuber.

Related Posts

animate KL Bakal Anjur Sonic the Hedgehog 35th Anniversary Fair & Gratte Cafe Bermula 6 Jun!
Jom Singgah!

animate KL Bakal Anjur Sonic the Hedgehog 35th Anniversary Fair & Gratte Cafe Bermula 6 Jun!

June 5, 2026
Reviu Farming Simulator 26 (Nintendo Switch) – Pertanian Santai “On-The-Go,” Tapi Grafik Pula Kurang Menjadi
Review

Reviu Farming Simulator 26 (Nintendo Switch) – Pertanian Santai “On-The-Go,” Tapi Grafik Pula Kurang Menjadi

Pokémon Center Singapore Bakal Dibuka Semula 1 Julai 2026 – Wajah Baru, Merchandise Baru!
Jom Singgah!

Pokémon Center Singapore Bakal Dibuka Semula 1 Julai 2026 – Wajah Baru, Merchandise Baru!

June 5, 2026
Next Post
Soundbar PC ‘Razer Leviathan V2’ boleh didapati sekarang pada harga RM1,399.00

Soundbar PC 'Razer Leviathan V2' boleh didapati sekarang pada harga RM1,399.00

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd