Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Dunia Marvel’s Spider-Man 2 dua kali ganda lebih besar daripada game sebelum!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
June 2, 2023
in Action, Adventure, Artikel, Berita, Open World, PS5
0 0
0
Dunia Marvel’s Spider-Man 2 dua kali ganda lebih besar daripada game sebelum!
Share on FacebookShare on Twitter

Menurut sebuah temu bual bersama Insomniac Games, dunia permainan Marvel’s Spider-Man 2 adalah dua kali ganda lebih besar berbanding game sebelum, dan akan memaparkan lebih banyak lokasi menarik selain daripada yang kita biasa lihat.

Kredit: Insomniac Games

Secara khususnya, Pengarah Kreatif Insomniac Games – Bryan Intihar memberitahu media Jepun Famitsu bahawa daerah Queens dan Brooklyn akan ditambahkan sebagai kawasan baharu yang boleh diterokai di dalam dunia Marvel’s Spider-Man 2.

Perubahan ini secara kasar akan meluaskan saiz peta permainan sebanyak dua kali ganda, memandangkan kawasan utama masih lagi adalah Manhattan yang kekal boleh dimainkan.

Dua daerah baharu ini banyak terdiri daripada kawasan perumahan dan tidak menampilkan banyak bangunan pencakar langit seperti Manhattan, jadi kedua-dua daerah Queens dan Brooklyn akan menawarkan pengalaman dan daya tarikan yang sangat berbeza apabila pemain melawat.

Kredit: Insomniac Games

Bryan Intihar juga mengesahkan bahawa game ini akan turut akan menawarkan beberapa situasi menarik di dalam game Marvel’s Spider-Man 2, termasuk pertempuran di atas sungai antara dua bandar tersebut sebagai contoh (mungkin yang kita lihat dalam trailer barangkali).

Memandangkan mekanik traversal (perjalanan) juga ditambah baik, termasuk peningkatan kelajuan pergerakan apabila web-swinging dan keupayaan gliding, pemain dapat bergerak antara kawasan dengan lebih mudah.

Ini menjadikan Marvel’s Spider-Man 2 sebagai salah satu daripada game open-world terbesar di pasaran – sedangkan game pertama pun menampilkan kawasan besar yang boleh diterokai penuh dengan aktiviti menarik.

Kredit: Insomniac Games

Satu lagi perubahan menarik dalam Marvel’s Spider-Man 2 adalah pemain dapat menerokai bandar besar New York sebagai Peter Parker dan Miles Morales, masing-masing dengan kebolehan berbeza, terutamanya Peter Parker yang kini bergabung dengan symbiote Venom.

Di sini, game akan menampilkan sistem “switch character” baharu di mana kita dapat menukar antara dua watak secara manual pada bila-bila masa dalam game, kecuali dalam misi tertentu. Sebagai contoh, beberapa misi adalah eksklusif untuk satu watak sahaja.

Pengarah game Ryan Smith berkata:

“Ada perkara yang eksklusif untuk watak tertentu bergantung pada kandungan, tetapi kami juga menyediakan kandungan yang membolehkan anda bermain sebagai mana-mana watak yang anda suka.”

“Walaupun mereka berdua Spider-Man dan mempunyai beberapa persamaan, Miles lebih pantas daripada Peter, dan masing-masing mempunyai ciri tersendiri, jadi kami harap anda boleh memilih watak kegemaran anda.”


Bakal keluar pada Musim Luruh 2023 (September-Disember), tarikh keluaran tepat untuk Marvel’s Spider-Man 2 tidak didedahkan tetapi Insomniac Games berjanji akan memberi maklumat penting tidak lama lagi, termasuk info tentang edisi dan prapesan.

Baca segala berita kami tentang Marvel’s Spider-Man 2 termasuk gameplay lengkap di SINI

Tags: Marvel's Spider-Man 2Spider-Man
ShareTweetSend
Previous Post

Assassin’s Creed Nexus VR Akan Hadir ke Meta Quest 3 dan Quest 2!

Next Post

Akses awal Diablo IV kini di buka untuk Digital Deluxe & Ultimate Edition!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Mahukan Telefon Gaming Yang Boleh Buat Lebih Daripada Sekadar Bermain Game? Kenali POCO F9 Ultra!
Smartphone

Mahukan Telefon Gaming Yang Boleh Buat Lebih Daripada Sekadar Bermain Game? Kenali POCO F9 Ultra!

September 5, 2026
Previu Age Twisters – Apabila “Usia” Menjadi Kunci Kerjasama Antara Dua Pemain
Preview

Previu Age Twisters – Apabila “Usia” Menjadi Kunci Kerjasama Antara Dua Pemain

September 4, 2026
SEGA/ATLUS Umum Barisan Game Di Tokyo Game Show 2026; Persona 4 Revival, STRANGER THAN HEAVEN & Banyak Lagi
Pameran/Expo

SEGA/ATLUS Umum Barisan Game Di Tokyo Game Show 2026; Persona 4 Revival, STRANGER THAN HEAVEN & Banyak Lagi

September 4, 2026
Next Post
Akses awal Diablo IV kini di buka untuk Digital Deluxe & Ultimate Edition!

Akses awal Diablo IV kini di buka untuk Digital Deluxe & Ultimate Edition!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Bleach: Zaraki Kenpachi Akhirnya Pakai Bankai; Hitsugaya Tōshirō Lepaskan Bankai Sebenar
Anime

Bleach: Zaraki Kenpachi Akhirnya Pakai Bankai; Hitsugaya Tōshirō Lepaskan Bankai Sebenar

August 20, 2026
Bos WIT Studio Dedah Sebab MAPPA Ambil Alih Attack on Titan Untuk Musim Terakhir
Anime

Bos WIT Studio Dedah Sebab MAPPA Ambil Alih Attack on Titan Untuk Musim Terakhir

August 19, 2026
Kingdom Hearts 4 – Gameplay Baru Dunia ‘Coco’, Pelancaran Lewat 2027 Serta Anime Original Disney+
Berita

Kingdom Hearts 4 – Gameplay Baru Dunia ‘Coco’, Pelancaran Lewat 2027 Serta Anime Original Disney+

August 15, 2026
Menurut Data, Ratusan Anak Indonesia Diberi Nama Naruto, Luffy, Nobita & Banyak Lagi
Anime

Menurut Data, Ratusan Anak Indonesia Diberi Nama Naruto, Luffy, Nobita & Banyak Lagi

August 12, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd