Capcom membawa berita menarik untuk peminat Monster Hunter dan pemain PlayStation! Memperkenalkan DualSense Wireless Controller – Monster Hunter Wilds Limited Edition, sebuah controller yang direka dengan penuh gaya dan diilhamkan oleh game Monster Hunter Wilds akan datang.
Mulai 22 November 2024, pemain di Malaysia akan dapat pra-tempah DualSense edisi terhad yang menakjubkan ini dari kedai terpilih pada harga RM419.
Ini adalah peluang unik untuk meningkatkan pengalaman Monster Hunter anda dengan controller istimewa yang direka khas untuk mencerminkan aksi yang mendebarkan dan alam liar yang megah dalam Monster Hunter Wilds.
Tidak perlu dipertikaikan, rekaan DualSense ini sungguh memukau. Dengan skema warna merah dan hitam yang menonjol, terdapat corak tribal yang menghiasi bahagian hadapan controller, memberikan rupa yang garang dan unik yang melambangkan semangat game ini.
Ukiran Arkveld (iaitu raksasa flagship dalam Monster Hunter Wilds) juga diletakkan dengan bangga di touchpad, menjadikan ini item koleksi yang mesti dimiliki oleh peminat francais.

Bagi mereka yang berminat, tandakan kalendar pada 28 Februari 2025, kerana DualSense Wireless Controller – Monster Hunter Wilds Limited Edition akan tersedia secara rasmi pada hari tersebut—dilancarkan pada hari yang sama dengan Monster Hunter Wilds.
Jadi jadi pastikan anda semak dengan kedai tempatan untuk maklumat stok dan pra-tempahan.
Monster Hunter Wilds akan dilancarkan untuk PlayStation 5, Xbox Series X|S, dan PC melalui Steam. Jika berminat, anda boleh pre-order di SINI!
@gamersantaimy
Discussion about this post