Peminat Doctor Who akan dapat memulakan pengembaraan dengan Doktor ke-10 dan ke-13 tidak lama lagi! Maze Theory dan BBC Studios mengumumkan dua permainan video baru akan dilancarkan pada musim bunga 2021 di mana salah satunya dihasilkan oleh studio Malaysia, Kaigan Games. Doctor Who: The Edge of Reality akan menuju ke konsol dan PC dan merupakan expansion kepada game VR pada 2019, Doctor Who: The Edge of Time. Permainan The Edge of Reality digambarkan sebagai “pengembaraan first-person yang menarik” dengan gameplay baru, raksasa baru, dan dunia baru untuk diterokai.
Berikut adalah ciri-ciri permainan, menurut siaran akhbar:
- Pengembaraan konsol dan PC di seluruh ruang dan masa yang dibina untuk konsol generasi terkini dan seterusnya, Doctor Who: The Edge of Reality menampilkan dunia baru untuk diterokai, teka-teki baru, cabaran baru dan gameplay baru.
- Kisah Doctor Who asli – bongkar ancaman yang merangkumi alam semesta ketika anda berusaha menyelamatkan realiti daripada gangguan yang mengganggu masa. Teruskan kisah yang bermula di The Edge of Time dan bekerjasama dengan Doktor untuk menyelesaikan misteri yang lebih besar.
- Musuh dan AI baru – bersemuka dengan raksasa klasik termasuk Dalek dan Weeping Angels. Alami keganasan Cybermen dan lebih banyak musuh yang belum terungkap.
Maze Theory juga mengumumkan Doctor Who: The Lonely Assassins, game baru yang bakal menuju ke iOS, Android, dan Nintendo Switch. Studio Malaysia, Kaigan Games, yang memenangi pelbagai anugerah akan membangunkan permainan ini. Permainan ini adalah genre ‘found phone‘, dan bagi yang tidak tahu, secara dasarnya ia adalah permainan di mana pemain harus maju dengan menyelesaikan misi di dalam telefon yang dijumpai.
Pemain diberi tugas untuk menyiasat satu peristiwa menyeramkan yang berlaku di Wester Drumlins. Rumah ini tiada penghuni dan menjadi ikonik kerana dipaparkan dalam episod berjudul Blink dalam siri Doctor Who. Seseorang telah dilaporkan hilang dan musuh baru yang mengancam keamanan telah muncul. Pemain akan bekerjasama dengan Petronella Osgood dan watak klasik lain untuk merapatkan diri pada kebenaran.
Doctor Who: The Edge of Reality dan Doctor Who: The Lonely Assassins akan keluar pada musim bunga 2021.
@gamersantaimy
Discussion about this post