Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

DreamWorks All-Star Kart Racing Diumumkan! Jom Berlumba Bersama Watak Animasi Ikonik!

Maira by Maira
July 26, 2023
in Artikel, Berita, Game, Nintendo Switch, PC, PS4, PS5, Steam, Sukan/lumba, Xbox One, Xbox Series X|S
0 0
0
DreamWorks All-Star Kart Racing Diumumkan! Jom Berlumba Bersama Watak Animasi Ikonik!

Sumber: GameMill Entertainment

Share on FacebookShare on Twitter

Kalau anda sedar, game lumba seperti Mario Kart banyak tersedia di pasaran tetapi dengan watak dan lokasi yang berbeza. Baru-baru ini, satu lagi game ala-ala Mario Kart telah diumumkan yang memaparkan watak animasi popular. Game tersebut adalah DreamWorks All-Star Kart Racing!

Sumber: GameMill Entertainment

Dibangunkan oleh Bamtang Games dan diterbitkan oleh GameMill Entertainment, DreamWorks All-Star Kart Racing akan dilancarkan di PlayStation 5, PlayStation 4, Xbox Series, Xbox One, Nintendo Switch dan PC melalui Steam. Ia dijadual untuk lancara pada tahun 2023 tetapi tiada tarikh rasmi yang didedahkan.

Sumber: GameMill Entertainment

Dalam game ini, anda akan berlumba bersama-sama 20 watak animasi DreamWorks seperti Shrek, Donkey, Puss in Boots, Po, Master Shifu, Hiccup, Astrid dan banyak lagi! Bukan setakat itu sahaja, anda boleh berlumba secara solo dan multiplayer melalui online dan split-screen lokal.

Ciri utama game

  • Roster
    • Berlumba dengan 20 watak DreamWorks Animation kegemaran termasuklah Skrek, Po, Tigress, Boss Baby, Puss in Boots, Hiccup, Astrid dan banyak lagi!
  • 20 Kart Hebat
    • Setiap watak mempunyai kart unik tersendiri. Pemain boleh customize bahagian dan aksesori untuk kart masing-masing.
  • Lokasi perlumbaan ikonik
    • Pemain akan berlumba di litar yang diinspirasikan daripada filem DreamWorks Animation seperti Kingdom of Far Far Away, Bergen Town, Spirit Realm, Baby Corp, New York City Zoon dan banyak lagi!
  • Magic Path
    • Terdapat switch magic pada litar yang akan menunjukkan jalan pintas!
  • Lumba bersama Trolls
    • Watak Trolls seperti Poppy, Branch, Barb, Cooper dan lain-lain boleh membantu anda semasa perlumbaan. Jangan lupa untuk mengumpul mereka nanti!
  • Pelbagai mode game tersedia
    • Ada pelbagai mode yang boleh dimainkan seperti Free Race, Cups, Challenge atau Time Trial. Inilah masanya untuk mencabar rakan dan ahli keluarga. Boleh dimainkan dalam talian sehingga 8 pemain dan empat pemain dalam mode split-screen.

DreamWorks All-Star Kart Racing akan hadir dalam edisi fizikal dan digital. Untuk digital terdapat Digital Deluxe Edition yang akan memberikan pemain dua watak eksklusif dan kart iaitu Master Oogway (Kung Fu Panda) dan Wolf (Puss in Boots: The Last Wish).

Sumber: GameMill Entertainment

Kalau anda ingin tahu, ini bukan kali pertama DreamWorks hadir dengan game lumba kart. Sudah ada tiga game lumba yang dikeluarkan sebelum ini seperti DreamWorks Super Star Kartz, Shrek Smash n’ Crash Racing dan Madagascar Kartz. Agaknya apa pula yang menanti pemain dalam game kart baharu ini? Nampaknya kenalah tunggu maklumat baru mengenainya.

Sumber: GameMill Entertainment

Jangan lupa untuk ikuti Gamer Santai untuk mendapatkan liputan menarik tentang game, anime, filem dan banyak lagi!

Tags: DreamWorksDreamWorks All-Star Kart Racing
ShareTweetSend
Previous Post

Sekuel filem seram klasik “The Exorcist: Believer” akan tiba pada 12 Oktober!

Next Post

Versi PS4 untuk Quantum Error dibatalkan, Bakal dikeluarkan di PS5, Xbox Series & PC!

Maira

Maira

Terperangkap dalam game gacha (grind sampai habis bateri fon). Game rhythm dan JRPG memang berpisah tiada. Kadang-kadang melukis sambil layan stream VTuber.

Related Posts

Teenage Mutant Ninja Turtles: The Last Ronin – PlatinumGames Ambil Alih Produksi
Berita

Teenage Mutant Ninja Turtles: The Last Ronin – PlatinumGames Ambil Alih Produksi

June 6, 2026
Star Wars Zero Company – Akan Keluar Ogos 2026, Gabungkan Gameplay XCOM Dengan Saga Clone Wars
Berita

Star Wars Zero Company – Akan Keluar Ogos 2026, Gabungkan Gameplay XCOM Dengan Saga Clone Wars

June 6, 2026
Mafia: The Old Country – DLC ‘Man of Honor’ Dedahkan Kepulangan Don Salieri
DLC

Mafia: The Old Country – DLC ‘Man of Honor’ Dedahkan Kepulangan Don Salieri

June 6, 2026
Next Post
Versi PS4 untuk Quantum Error dibatalkan, Bakal dikeluarkan di PS5, Xbox Series & PC!

Versi PS4 untuk Quantum Error dibatalkan, Bakal dikeluarkan di PS5, Xbox Series & PC!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd