Dragon’s Dogma 2 akan dilancarkan tidak lama lagi. Buat peminat yang menantikannya, sudah pasti anda tidak sabar untuk kembali menjadi Arisen di dunia luas yang didiami naga ini. Kami telah berpeluang untuk mainkan Dragon’s Dogma 2 selama lima jam di ibu pejabat Capcom Singapore! Ada banyak juga benda yang kami telah alami dan tidak sabar untuk kongsikannya kepada anda semua! Jadi tanpa membuang masa, berikut adalah preview kami untuk Dragon’s Dogma 2!
Masuk sahaja kami dalam game tersebut, tidak dinafikan lagi bahawa game ini sangat besar dengan persekitaran yang indah dan juga pelbagai kandungan yang bakal pemain nikmati nanti. Untuk preview kali ini, kami telah diberi peluang untuk bermain sebagai Magick Archer dan Mystic Spearhand. Kami akan ceritakan lebih lanjut mengenai pengalaman kami apabila bermain vocation itu nanti.
Untuk mencipta watak Arisen anda sendiri. Terdapat banyak jenis badan dan bangsa yang anda boleh pilih sebagai base. Dalam game baharu ini, terdapat beast race baharu yang anda boleh pilih dalam mencipta Arisen anda. Terdapat pelbagai pilihan yang terpilih untuk anda gunakan semasa mencipta watak anda daripada rambut sehinggalah bentuk badan. Jadi tidak peliklah kalau anda menghabiskan beberapa jam di bahagian ini.
Seperti yang kami nyatakan, game ini sangat besar. Untuk ke mana-mana dalam map ini, anda memang perlu banyak berjalan. Kami tidak jumpa mana-mana tempat untuk fast travel, jadi akan memenatkan juga untuk bergerak jarak jauh. Kelebihannya, game ini tidak membataskan pergerakan anda, jadi agak seronok juga untuk terokai setiap sudut game ini, tetapi banyak kali juga pawn kami mati kerana jatuh dari tempat yang tinggi.
Berkenaan combat, ia bukanlah seperti game aksi moden yang biasanya anda boleh dodge dan parry. Anda hanya boleh lari dan lompat, membuatkan kami lebih cenderung menggunakan ranged attack. Apabila menggunakan watak melee, kami agak kekok bermainnya lebih-lebih lagi dengan kedudukan kamera yang agak janggal. Ada sekali kami berlawan di tempat yang sempit, penglihatan kami telah terhalang dengan bendera. Jadi kami tidak tahu jika watak kami betul-betul menyerang musuh atau tidak. Harap-harap isu kamera ini ditambahbaik sebelum pelancaran game nanti.
Kembali mengenali vocation yang kami mainkan, Magick Archer dan Mystic Speahand, setiap daripada mereka mempunyai gaya serangan dan kelebihan tersendiri. Sebagai contoh, Magick Archer mahir dalam memberikan damage magic menggunakan busur dan anak panah mereka. Buat anda yang tidak begitu biasa dengan menyasarkan serangan dengan crosshair, jangan risau. Anda masih boleh memberikan damage yang cukup baik dengan adanya pinpoint yang muncul semasa anda sedang aim. Jadi serangan anda akan pergi ke pinpoint tersebut. Bukan setakat itu sahaja, anda juga boleh menggunakan serangan elemen menggunakan vocation ini.
Untuk Mystic Spearhand, vocation ini boleh dash ke arah musuh dan menyerang mereka. Vocation ini memang sesuai untuk mereka yang suka menggunakan physical melee dan magic. Bukan setakat serangan melee sahaja, anda juga boleh menggunakan magic untuk membaling objek ke arah musuh. Spear yang anda gunakan juga boleh menawarkan serangan elemental seperti frost mahupun fire.
Kami sempat alami beberapa boss fight semasa bermain. Anggaran masa yang kami perlukan untuk satu boss fight adalah dalam 5 ke 10 minit, bergantung kepada kekuatan boss tersebut. Ada sahaja boss yang mempunyai break limit, jadi dia akan mempunyai beberapa health bar untuk anda tumpaskannya sepenuhnya. Kami agak terkejut juga apabila melihat serangan charged boss sampai satu parti kami mati sebab sukar untuk lari daripada serangan tersebut. Sudah tentu mereka mempunyai weak point yang anda boleh ambil perhatian. Dengan menyerang weak point inilah anda boleh memberikan damage kepada musuh anda. Akan ada satu masa boss ini akan tumbang untuk seketika, jadi waktu inilah anda belasah habis-habisan musuh tersebut.
Kalau anda terserang NPC yang agak penting dan mereka mati, anda boleh menghidupkan mereka semula menggunakan Wakestone, yang boleh didapatkan melalui quest. Tetapi berjaga-jaga kerana anda juga mungkin diserang oleh mereka bersama-sama rakan mereka. Ada juga kes di mana, anda boleh mencari badan NPC yang telah mati di Morgue dan hidupkan mereka semula. Tetapi kami tidak tahu apa matlamat untuk hidupkan mereka ini, kerana ada NPC yang kami hidupkan terus pergi daripada tempat itu tanpa sebarang benda lanjut yang berlaku.
Apabila anda ke Riftstone, anda akan bertemu dengan pelbagai pawn yang boleh anda summon. Di sini jugalah anda dengan mudah mencari pawn, melihat keunikan mereka, menetapkannya untuk quest dan macam-macam lagi. Yang menariknya pawn yang ada di dalamnya mempunyai nama yang unik. Siap ada pawn yang bernama Chun-Li, Luke dan Viewtiful Joe dalam game itu. Kami perasan banyak nama pawn tersebut telah dipinjam daripada beberapa game Capcom yang lain.
Vocation guild adalah tempat penting yang anda perlu tahu kerana di sinilah tempat untuk anda menukar vocation, mendapatkan skill baru, menukar skill senjata dan macam-macam lagi. Memandangkan kami hanya bermain dua vocation sahaja, jadi kami tidak mempunyai peluang untuk menukar vocation kami. Bercerita tentang skill, anda hanya boleh gunakan 4 skill sahaja pada satu masa. Anda boleh menukarnya melalui guild ataupun camp.
Bercerita tentang side quest, Dragon’s Dogma 2 tampil dengan banyak quest malah ada antaranya yang akan berlalu tanpa Arisen libatkan diri langsung. Jadi memang anda kena rancang baik-baik jika anda betul-betul ingin selesaikan semua quest yang ada kerana masa dalam game ini memainkan peranan yang penting. Kalau ada quest yang anda ambil tetapi tidak sempat untuk menyelesaikannya ada sesuatu yang akan berlaku nanti. Kalau anda teringin untuk berkomunikasi dengan elves, lebih baik anda upah pawn berbangsa Elvish, untuk berkomunikasi dengan mereka dengan lebih mudah.
Itu sahaja yang kami boleh kongsikan kepada anda untuk preview kali ini. Nantikan pelancaran Dragon’s Dogma 2 di PS5, Xbox Series dan PC melalui Steam pada 22 Mac 2024. Untuk mendapatkan segala liputan mengenai game ini daripada kami, boleh klik pautan ini.
@gamersantaimy
Discussion about this post