Diablo IV telah pun memperkenalkan kandungan endgame baharu iaitu The Gauntlet dan juga leaderboard baharu! Perkara ini telah diumumkan melalui blog rasmi Blizzard Entertainment. Kalau anda ingin tahu, The Gauntlet merupakan dungeon baharu bukan linear untuk anda selesaikan dengan mengumpul skor tertinggi. Jom kita lihat lebih lanjut mengenainya!

Akan hadir ke Diablo IV pada 6 Mac ini, Gauntlet serta beberapa kemas kini untuk Season of Construct akan dapat dimainkan oleh pemain. Buat mereka yang ingin masuk ke Gauntlet, anda boleh mengaksesnya melalui Seasonal Realm di World Tier IV dengan pergi ke pelabuhan barat daya di Gea Kul.
Dungeon ini akan berakhir setiap hari Rabu, jam 12 pagi dan cabaran baharu akan tersedia selepas 2 jam lebih pada jam 2:15 pagi. Jadi anda perlu rancang bagaimana anda ingin selesaikan Gauntlet itu setiap minggu untuk mendapatkan ganjaran maksimum daripadanya.

Dengan membunuh demon, membuka peti harta karun dan menyelesaikan event, anda boleh mendapatkan Proofs of Might. Terdapat banyak Pillar yang anda boleh jumpa dalam Gauntlet. Ia boleh meningkatkan jumlah Proofs yang anda dapatkan setiap kali Monster dibunuh.
Skor akhir anda untuk setiap minggu akan memberikan Seals yang digunakan untuk kedudukan anda pada Leaderboard. Terdapat empat rank yang anda boleh dapatkan iaitu:
- Seal of the Blooded
- Seal of the Steadfast
- Seal of the Iron-Willed
- Seal of the Worthy

Selepas rest mingguan dungeon, anda akan memperoleh Cache of Trials yang menjamin satu Ancestral Legendary dan skala dalam kedudukan dengan Cache yang diberikan. Dengan memperolehi Seal of Worthy akan memberikan harta yang bernilai.
Sebagai tambahan, leaderboard telah dipisahkan kepada beberapa bahagian iaitu Class, saiz Party, Normal dan Hardcore. Mereka yang menempah tempat 100 teratas dalam mana-mana bahagian akan menerima Conqueror’s Crest Mount Trophy. Kalau berada pada kedudukan 10 teratas pula membolehkan nama dan watak anda direkod di Hall of the Ancients.
Itu sahaja yang kami boleh kongsikan kepada anda kali ini. Anda boleh mendapatkan segala liputan mengenai Diablo IV daripada kami melalui pautan ini.
@gamersantaimy
Discussion about this post