Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

“Dragon Ball Z : Kakarot” Bukanlah Sebuah Permainan Dunia Terbuka – Pengarah Permainan

Tak kisah, yang kisahnya nak main sekarang boleh?

Nyny.A by Nyny.A
June 24, 2019
in Artikel, Berita, PC
0 0
0
“Dragon Ball Z : Kakarot” Bukanlah Sebuah Permainan Dunia Terbuka – Pengarah Permainan
Share on FacebookShare on Twitter

Pada persidangan Xbox E3 yang diadakan 9 Jun lalu, Bandai Namco Entertainment secara rasmi mengumumkan permainan siri terbaru Dragon Ball Z yang dinamakan DRAGON BALL Z: KAKAROT yang akan hadir di Xbox One, Playstation 4 dan PC awal tahun 2020.

Satu temubual yang dikongsikan GNN News bersama pengarah dan penerbit Dragon Ball Z: Kakarot, Hara Ryo dan Kimmoto Yoshihide untuk mengetahui lebih mendalam mengenai permainan ini.

Sebelum ini melalui kandungan pratonton dan demostrasi permainan Dragon Ball Z: Kakarot ini kelihatan seperti permainan dunia terbuka, tapi melalui perkongsian mereka ianya bukan. “Konsep permainan ini tidak boleh dilakukan secara dunia terbuka kerana ianya akan menimbulkan konflik dengan yang asal.” Jadi mereka telah mencipta beberapa adegan peta besar dalam permainan yang akan di ‘Unlock‘ satu per satu ketika bermainan permainan itu.

Terutama dari versi pengalaman yang disediakan di E3, pemain boleh merasakan sendiri mekanisme permainan ini. Mereka menyatakan pemain tidak boleh meninggalkan peta dalam versi pengalaman, serta jika anda pergi ke tepi peta atau terbang pada lokasi tertinggi, pemain tidak dapat bergerak ke hadapan. Dalam versi rasmi ini, pemain akan bertukar ke peta dunia yang membolehkan pemain memilih di mana mereka mahu pergi.

Selain itu Hara Ryo dan Kimmoto Yoshihide turut mengongsikan beberapa ciri permainan ini. Antaranya pemain boleh menggunakan pelbagai ara untuk meningkatkan kekuatan pertempuran Goku yang diberi sebagai tambahan untuk meingkatkan pengalaman . Selain itu turut ada pokok kemahiran yang untuk dinaik tarafkan, seperti yang kami kongsikan sebelum ini, pemain juga boleh memburu haiwan seperti memancing ikan bertujuan untuk mengumpul bahan-bahan dan meningkatkan nilai kebolehan selepas memasak.

Berikut adalah beberapa perkongsian daripada Bandai Namco sendiri;

  • Mengalami kisah Dragon Ball Z dari peristiwa-peristiwa epik ke pencarian sampingan yang terang-terangan, termasuk momen cerita yang tidak pernah dilihat sebelum ini yang menjawab beberapa soalan yang membakar Dragon Ball untuk pertama kalinya!
  • Main melalui pertempuran Dragon Ball Z ikonik pada skala tidak seperti yang lain. Berjuang melintasi medan perang yang luas dengan persekitaran yang destructible dan pengalaman pertempuran bos epik yang akan menguji batasan kemampuan pertempuran anda. Meningkatkan tahap kuasa anda dan bangkit kepada cabaran! Jangan hanya berperang sebagai Goku!
  • Hidup sebagai Goku. Memancing, terbang, makan, berlatih, dan bertempur dengan cara anda melalui Dragon Ball Z sagas, membuat kawan dan membina hubungan dengan pemain besar Dragon Ball.

Rasa tak sabar nak tunggu kehadiran Dragon Ball Z: Kakarot kan? Apapun kita tunggu pihak Bandai Namco Entertainment untuk mengeluarkan tarikh rasmi pengeluarannya!

Sumber: GNN News

Tags: bandaiBandai Namco EntertainmentDragon Ball ZDragon Ball Z: Kakarotgoku
Previous Post

Filem anime One Piece: Stampede akan ditayangkan di GSC Malaysia pada 19 September 2019!

Next Post

Lima Permainan Terbaru di PC yang Anda mungkin Terlepas Pandang – Jun 2019

Nyny.A

Nyny.A

Bekas pelajar Multimedia Creative. Lebih Independent. Layan game FPS sampai lebam. Open world pun kalau kena jalan cerita kita on je. Manga Anime untuk luang masa. Geng streamer dan esports, Interview developer, pemain esports, Influencer, lagi2 support lokal! Memang hantu gaming dah lama dari zaman CC dulu. Jangan lupa ikuti laman sosial untuk hubungi saya.

Related Posts

animate KL Bakal Anjur Sonic the Hedgehog 35th Anniversary Fair & Gratte Cafe Bermula 6 Jun!
Jom Singgah!

animate KL Bakal Anjur Sonic the Hedgehog 35th Anniversary Fair & Gratte Cafe Bermula 6 Jun!

June 5, 2026
Reviu Farming Simulator 26 (Nintendo Switch) – Pertanian Santai “On-The-Go,” Tapi Grafik Pula Kurang Menjadi
Review

Reviu Farming Simulator 26 (Nintendo Switch) – Pertanian Santai “On-The-Go,” Tapi Grafik Pula Kurang Menjadi

Pokémon Center Singapore Bakal Dibuka Semula 1 Julai 2026 – Wajah Baru, Merchandise Baru!
Jom Singgah!

Pokémon Center Singapore Bakal Dibuka Semula 1 Julai 2026 – Wajah Baru, Merchandise Baru!

June 5, 2026
Next Post
Lima Permainan Terbaru di PC yang Anda mungkin Terlepas Pandang – Jun 2019

Lima Permainan Terbaru di PC yang Anda mungkin Terlepas Pandang - Jun 2019

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd