gamersantai.com
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • CareerBraves
  • Media Partners
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • CareerBraves
  • Media Partners
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
No Result
View All Result
gamersantai.com
No Result
View All Result
Home Anime Animasi

Dragon Ball: Kisah sebenar di sebalik ibu kandung Son Goku!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
October 7, 2021
in Animasi, Anime, Artikel, Berita, Fakta & Trivia, Manga
0 0
0
Dragon Ball: Kisah sebenar di sebalik ibu kandung Son Goku!
Share on FacebookShare on Twitter

Disebabkan Goku dibesarkan di planet Bumi semasa bayi, dia sendiri tidak begitu tahu tentang asal-usul keturunannya sebagai warga Saiyan atau siapakan ibu bapa sebenarnya. Ramai peminat di seluruh dunia pula sudah mengenali Bardock sebagai ayah Goku kerana dia pernah muncul dalam pelbagai kisah kanon dan bukan kanon sepanjang sejarah Dragon Ball. Walau bagaimanapun, identiti ibu Goku iaitu Gine kurang diketahui setelah hanya membuat satu penampilan kanon dalam kisah keseluruhan. Di sini saya akan cuba menjelaskan sebaik mungkin tentang kisah sebenar di sebalik misteri ibu kandung Son Goku!

Gine pertama kali muncul di manga Dragon Ball Minus: The Departure of the Fated Child, yang dikeluarkan pada bulan April 2014. Apa yang menarik adalah adegannya dalam manga juga dianimasikan hampir sama seperti dalam filem Dragon Ball Super: Broly, yang keluar pada tahun 2018. Kedua-dua media menceritakan kisah peristiwa yang sama, yang bermaksud Gine hanya mempunyai satu penampilan kanon dalam siri Dragon Ball.

Jadi, siapa sebenarnya ibu Kakarot (nama sebenar Goku)? Dari segi penampilan, Gine adalah wanita dengan tinggi sederhana dan badan yang langsing. Dia mempunyai warna kulit yang lebih putih berbanding suaminya Bardock, dan rambut hitam yang cecah sampai ke bahu. Berbeza daripada warga Saiyan lain yang ganas dan kejam, Gine mempunyai personaliti yang sangat baik dan lemah lembut. Ciri-ciri ini kemungkinan besar diturunkan ke Goku memandangkan Bardock bersikap lebih tegas.

Sebelum berkahwin, Gine merupakan anggota skuad Bardock semasa kaum Saiyan bekerja di bawah pemerintahan Frieza. Disebabkan dia tidak mahir dalam pertempuran, ia menjadi kebiasaan untuk Bardock menyelamatkan Gine. Lambat lau, situasi ini mengeratkan hubungan mereka dan membuat Gine jatuh cinta pada Bardock.

Hubungan Gine dan Bardock dianggap sebagai sesuatu yang kurang normal dalam budaya Saiyan. Secara amnya, hubungan antara lelaki dan perempuan (Saiyan) hanya untuk tujuan melahirkan anak bagi sambung legasi, namun Gine dan Bardock benar-benar jatuh cinta antara satu sama lain. Bardock sering bergurau bahawa dirinya kini lebih “baik” selepas berkenalan dengan Gine. Setelah menerima hakikat bahawa dirinya tidak sesuai untuk medan perang, Gine memutuskan untuk bekerja di pusat pengedaran daging untuk membantu memberi makan kepada mereka yang susah atau pahlawan yang hampir mati kelaparan.

Kaum Saiyan dianggap sebagai kaum pahlawan, dan tugas seorang ibu adalah untuk membesarkan anaknya hingga usia yang sesuai demi menyertai rejimen pahlawan. Dalam konteks ini, Gine lebih bersikap tradisional dan terasa amat bangga apabila anak sulungnya, Raditz (abang kepada Goku/Kakarot) menyertai skuad yang sama dengan Vegeta (anak King Vegeta). Namun, dia masih kekalkan sifat seorang ibu yang penyayang, terutamanya terhadap Kakarot. Walaupun Bardock mempunyai visi planet Vegeta akan dimusnahkan, Gine ragu-ragu untuk menghantar Kakarot keluar dari planet dan berjanji akan datang mencarinya jika visi Bardock ternyata salah.

Setelah menghantar Goku dalam keadaan sedih dan sesal, Gine dianggap telah mati apabila Frieza menghancurkan planet Vegeta dan menghapuskan majoriti kaum Saiyan. Sehingga hari ini, masih tidak ada tanda jika dia terselamat atau tidak. Sebaliknya, Goku pula terlalu muda dan masih seorang bayi untuk mengingatkan peristiwa sedih ini jadi dia langsung tidak tahu tentang identiti sebenar kedua-dua ibubapanya.

Sepanjang kisah Dragon Ball, Goku pun tidak pernah menunjuk minat yang mendalam untuk belajar tentang sejarah kaumnya, dan menolak idea menjadi askar selepas menyaksikan kekejaman Raditz. Andai kata Goku berpeluang jumpa Gine, perjumpaan ini pasti emosi dan saya pun yakin Goku akan sayang ibunya memandangkan dia mewarisi nilai-nilai murni Gine yang baik hati dan penyayang.

Itu sahaja info yang saya dapat kumpul tentang ibu kandung Goku dari laman web Dragon Ball Fandom. Jika anda berminat untuk membaca segala liputan kami tentang Dragon Ball, sila tekan pautan ini.

Hye korang! Jangan lupa singgah tengok Review kitorang & Subscribe Channel Youtube kami ok!
Tags: Dragon BallGinegokuSaiyan
Previous Post

Mobile Suit Gundam: Battle Operation Code Fairy diumumkan untuk PS5 & PS4!

Next Post

Sejarah Naruto kan panjang, apa kata kita lihat antara watak yang Gagal menjadi Hokage dalam siri ini!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

[Review] Rollerdrome – Rasai pengalaman sukan lasak baru dengan menembak
Review

[Review] Rollerdrome – Rasai pengalaman sukan lasak baru dengan menembak

Kingston umum memori FURY Renegade DDR5, maksimumkan “potensi Overclock”
Teknologi

Kingston umum memori FURY Renegade DDR5, maksimumkan “potensi Overclock”

August 16, 2022
Interview Rollerdrome bersama Paul Rabbitte – Membawa Gabungan Unik Antara Sukan Dan Menembak!
Temuramah

Interview Rollerdrome bersama Paul Rabbitte – Membawa Gabungan Unik Antara Sukan Dan Menembak!

August 16, 2022
Next Post
Sejarah Naruto kan panjang, apa kata kita lihat antara watak yang Gagal menjadi Hokage dalam siri ini!

Sejarah Naruto kan panjang, apa kata kita lihat antara watak yang Gagal menjadi Hokage dalam siri ini!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter Kami

Tweets by GamerSantaiMY

ANIME

Peminat Shrek Minta Filem Terbaru Selepas Kung Fu Panda 4 Diumumkan!

Peminat Shrek Minta Filem Terbaru Selepas Kung Fu Panda 4 Diumumkan!

by Maira
August 16, 2022
0

Pada minggu lepas, Dreamworks Animation telah pun mengumumkan bahawa Panda kegemaran ramai, Po akan kembali dengan filem terbarunya. Filem Kung...

One Piece hadir dengan produk Badminton, “Smash” tanpa henti dengan kuasa Zoro!

One Piece hadir dengan produk Badminton, “Smash” tanpa henti dengan kuasa Zoro!

by Razin Syafiq
August 15, 2022
0

Untuk meraikan ulang tahun ke-25 One Piece, syarikat badminton terkenal VICTOR melancarkan koleksi baharu yang menampilkan pelbagai produk termasuk raket,...

Skechers Berkolaborasi Dengan Demon Slayer! Kasut Direka Khas Seperti Tanjiro, Nezuko dan Zenitsu!

Skechers Berkolaborasi Dengan Demon Slayer! Kasut Direka Khas Seperti Tanjiro, Nezuko dan Zenitsu!

by Maira
August 15, 2022
0

Demon Slayer memang banyak berkolaborasi dengan syarikat luar untuk produk-produk menarik seperti minyak wangi, T-shirt Uniqlo, mouse dan lain-lain. Baru-baru...

Kisah cinta Sasuke & Sakura akhirnya diceritakan – dilukis oleh juruanimasi Naruto

Kisah cinta Sasuke & Sakura akhirnya diceritakan – dilukis oleh juruanimasi Naruto

by Razin Syafiq
August 15, 2022
0

Sebagai salah satu duo paling ikonik dalam siri Naruto, kita semua tahu bahawa Sasuke dan Sakura akhirnya berkahwin bersama. Walaupun...

  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2022 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • CareerBraves
  • Media Partners
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK

© 2017 - 2022 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In