Semasa Bandai Namco mengadakan siaran langsung ulang tahun pertama Dragon Ball Gekishin Squadra, ramai menonton mengharapkan pengumuman biasa… watak baharu, ganjaran percuma, dan pelarasan gameplay. Sebaliknya, pihak pembangun membuat kejutan dengan rombakan besar yang mungkin membuang identiti MOBA miliknya.
Dilancarkan pada September 2025 sebagai game 4v4 free-to-play, Gekishin Squadra merupakan percubaan pertama francais ini dalam genre multiplayer online battle arena (MOBA), menggabungkan strategi berpasukan top-down bersama aksi klasik Dragon Ball. Walau bagaimanapun, pihak pembangun mengesahkan bahawa satu kemas kini besar-besaran pada hujung tahun ini akan mengubah hala tuju permainan daripada visi asal.
Perubahan paling besar adalah pada sudut kamera. Game ini nampaknya akan menambah/menggugurkan perspektif top-down lalu beralih kepada sudut kamera third-person.
Seiring dengan sudut pandang baharu ini, mekanik taktikal seperti lane-pushing dan objektif turut dimansuhkan. Ia akan digantikan dengan aksi yang lebih ringkas dan memfokuskan kepada pengumpulan Dragon Ball. Perubahan visual serta gaya seni juga dirancang, untuk membuatkan game ini nampak lebih mirip kepada sebuah 3D Dragon Ball arena fighter biasa berbanding game berpasukan yang berunsur taktikal.
Peralihan drastik ini berpunca daripada satu masalah “mengekalkan pemain”.
Menurut pasukan pembangun, mekanik taktikal gameplay mewujudkan learning curve yang agak tinggi. Jurang yang besar terbentuk antara pemain kompetitif dan pemain baharu, sekali gus membawa kepada matchmaking yang tidak seimbang serta drop-off rate yang tinggi.
Berdepan dengan penurunan jumlah pemain aktif, pasukan memutuskan untuk meringkaskan pengalaman gameplay bagi menarik kelompok pemain kasual yang lebih luas.
Sudah semestinya, pengumuman ini mencetuskan perdebatan. Bagi pemain yang menggemari gabungan unik antara MOBA dan aksi anime, perubahan ini dirasakan seperti langkah ke belakang. Ramai pemain veteran juga mempersoalkan sama ada berbaloi untuk terus meluangkan masa dalam game yang telah membuang gameplay asal yang mereka minati.









Discussion about this post