Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Dragon Ball akhirnya memperkenalkan Super Saiyan 3 Vegeta di anime!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
July 1, 2020
in Animasi, Anime, Artikel, Berita, Fakta & Trivia
0 0
0
Dragon Ball akhirnya memperkenalkan Super Saiyan 3 Vegeta di anime!
Share on FacebookShare on Twitter

Sejak kemunculannya, Dragon Ball telah memperkenalkan pelbagai konsep unik kepada peminat. Tolak ke tepi dahulu jika ia canon atau tidak, ramai tahu bahawa francais Dragon Ball mempunyai banyak transformasi dan evolusi menarik. Daripada Kaioken hingga ke Ultra Instinct, memang terlalu banyak bentuk evolusi di dalam Dragon Ball. Salah satunya ialah Super Saiyan 3, dan nampaknya Vegeta akhirnya dapat mempelajari transformasi ini di anime.

Pada 30 Jun 2020, episod terbaru Super Dragon Ball Heroes telah disiarkan, dan di sana peminat dapat melihat bentuk terbaru Vegeta. Untuk beberapa episod, dia dan rakan sejawatnya versi Xeno terperangkap dalam pertarungan untuk menyelamatkan Universe 7. Segala-galanya menjadi lebih serius apabila Vegeta harus bertarung dengan seorang doktor misteri. Pertarungan itu terlalu sukar sehingga Vegeta terbuka kuasa Super Saiyan 3.

Anda boleh melihat bentuk evolusi ini di screenshot atas. Super Saiyan 3 Vegeta kelihatan sama seperti Super Saiyan 3 Goku dan Gotenks. Tidak ada apa yang diubah. Ciri utama ialah rambutnya yang panjang hingga ke pinggang dan kehilangan bulu kening. Dalam bentuk ini, Vegeta hampir tidak dikenali, tetapi peminat tegar pasti tahu selepas melihat ciri-ciri personalitinya terserlah.

Bagi mereka yang ingin tahu sejarah Vegeta dengan Super Saiyan 3, dia tidak pernah mahirkan evolusi ini di anime canon. Di Dragon Ball GT, Baby Vegeta hampir membuka bentuk Super Saiyan 3, tapi setakat itu sahajalah. Kita tidak lihat apa-apa transformasi rasmi. Beberapa permainan video sebelum ini pula membolehkan Vegeta mengaktifkan Super Saiyan 3 Vegeta, tetapi hakikatnya, Super Dragon Ball Heroes adalah anime pertama untuk menampilkan transformasi tersebut.

Guna VPN kalau ingin tonton!!

Apa pendapat anda? Terkejut melihat Vegeta berjaya dapatkan Super Saiyan 3? Adakah Super Saiyan 3 berbaloi untuk dikuasai? Kongsikan pendapat anda di ruang komen.

Tags: animeDragon BallSuper Dragon Ball HeroesSuper Saiyan 3Vegeta
Previous Post

KANAWA NO KAGE RUI manga shonen terbaru diselia oleh Yasuo Ohtagaki Mobile Suit Gundam Thunderbolt’s!

Next Post

Bergaya dengan AniMe Matrix ASUS ROG Zephyrus G14! Ini review kami untuk laptop bersama AMD Ryzen 9 4900HS!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Medabots S Akan Lancar Secara Global, Prapendaftaran Kini Dibuka
Mobile

Medabots S Akan Lancar Secara Global, Prapendaftaran Kini Dibuka

September 7, 2026
Tahu Atau Tidak? Steam Sebenarnya Sokong Bahasa Melayu! Inilah Cara Untuk Mengubah Bahasa!
PC

Tahu Atau Tidak? Steam Sebenarnya Sokong Bahasa Melayu! Inilah Cara Untuk Mengubah Bahasa!

September 7, 2026
Pokémon Master Journeys ‘Malay Dub’ Akan Datang Ke Astro Ceria & Platform Streaming Pada Pertengahan September 2026
Anime

Pokémon Master Journeys ‘Malay Dub’ Akan Datang Ke Astro Ceria & Platform Streaming Pada Pertengahan September 2026

September 7, 2026
Next Post
Bergaya dengan AniMe Matrix ASUS ROG Zephyrus G14! Ini review kami untuk laptop bersama AMD Ryzen 9 4900HS!

Bergaya dengan AniMe Matrix ASUS ROG Zephyrus G14! Ini review kami untuk laptop bersama AMD Ryzen 9 4900HS!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Bleach: Zaraki Kenpachi Akhirnya Pakai Bankai; Hitsugaya Tōshirō Lepaskan Bankai Sebenar
Anime

Bleach: Zaraki Kenpachi Akhirnya Pakai Bankai; Hitsugaya Tōshirō Lepaskan Bankai Sebenar

August 20, 2026
Bos WIT Studio Dedah Sebab MAPPA Ambil Alih Attack on Titan Untuk Musim Terakhir
Anime

Bos WIT Studio Dedah Sebab MAPPA Ambil Alih Attack on Titan Untuk Musim Terakhir

August 19, 2026
Kingdom Hearts 4 – Gameplay Baru Dunia ‘Coco’, Pelancaran Lewat 2027 Serta Anime Original Disney+
Berita

Kingdom Hearts 4 – Gameplay Baru Dunia ‘Coco’, Pelancaran Lewat 2027 Serta Anime Original Disney+

August 15, 2026
Menurut Data, Ratusan Anak Indonesia Diberi Nama Naruto, Luffy, Nobita & Banyak Lagi
Anime

Menurut Data, Ratusan Anak Indonesia Diberi Nama Naruto, Luffy, Nobita & Banyak Lagi

August 12, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd