Peminat Manga tanpa henti, berita boek untuk anda! Baru sahaja diumkan dalam hujung minggu lalu, sebuah manga baru dan unik yang diberikan nama Kanawa no Kage Rui akam datang dan diterbitkan di laman web eBookJapan! Lebih menarik siri manga ini dicipta oleh penulis Shunji Etō dan pelukisnya adalah Natsumi Inoue serta diselia oleh Yasuo Ohtagaki!
Siri baru ini adalah sebuah bahagian masa yang ditetapkan di Jepun yang terbahgai. Mengisahkan mengenai dua individu dari pihak lawan yang melakukan pencarian untuk memburu demon. Dalam pengembaraan mereka, pembaca akan ketahui bahawa ada salah seorang lelaki juga mempunyai keinginan untuk membalas dendam yang mendorong keputusannya bagi menemani musuh.
Manga ini adalah yang pertama dari lima novel dan siri manga yang diselia oleh pencipta Mobile Suit Gundam: Thunderbolt Yasuo Ohtagaki dan Anima (Kingsglaive: Final Fantasy XV). Dan buat masa ini, bahagian kedua projek beliau yang diberi nama sementara Iron Castle dan ditulis oleh Shōtarō Teshirogi serta pelukisnya adalah Ohtagaki yang juga akan dirancang untuk diterbitkan pada majalah Shogakukan’s Gagaga Bunko.
Dengan memulakan projek baru dan bahagian pertama dilancarkan secara rasmi, sekarang adalah masa yang tepat untuk menyelami kisah asal manga ini! Pastikan untuk berkongsi pendapat anda mengenai projek baru di dalam komen Facebook kami!
Dalam kisah manga ini, Jepun masih belum menjadi satu negara yang bersatu. Gencatan senjata secara tiba-tiba berlaku dalam pertempuran antara Yamato Imperial Court dan orang-orang Emishi asli di wilayah Tohoku timur laut Jepun. Seorang utusan Imperial Court mengunjungi Aterui, ketua suku Emishi yang hebat. Utusan yang menyebut dirinya Sanekage menyatakan, “Mari kita pergi memburu demon bersama-sama.”
Demon yang diciptakan oleh penghibur shōmoji di Imperial Court tiba-tiba mula menyerang orang tanpa sebarang kasihan. Aterui tidak mempunyai alasan untuk memberikan bantuan kepada musuh-musuhnya yang menceroboh, tetapi dia memutuskan untuk memulai perjalanan ini kerana tawaran Sanekage yang berkaitan dengan balas dendam terhadap isteri Aterui.
Kanawa no Kage Rui kini telah diterbitkan di ebookjapan dan akan keluar bab baru pada setiap minggu! Aish tak sabar nak masukkan kat favourite dalam library ni!
Sumber: ANN
@gamersantaimy
Discussion about this post