Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Dragon Age: The Veilguard Akan Lancar Sekitar September – Disember 2024

Razin Syafiq by Razin Syafiq
June 10, 2024
in Artikel, Berita, Epic Store, PC, PS5, RPG, Steam, Xbox Series X|S
0 0
0
Dragon Age: The Veilguard Akan Lancar Sekitar September – Disember 2024
Share on FacebookShare on Twitter

Electronic Arts dan BioWare mengumumkan bahawa Dragon Age: The Veilguard (sebelum ini dikenali sebagai Dragon Age: Dreadwolf) akan dilancarkan untuk PlayStation 5, Xbox Series dan PC melalui Steam dan Epic Games Store pada musim luruh ini, sekitar September hingga Disember 2024.

Sebagai entri seterusnya dalam saga popular ini, pemain akan mengawal hero baharu Dragon Age yang boleh disesuaikan sepenuhnya, Rook, ketika dia bertarung di barisan hadapan bersama rakan-rakan luar biasa yang dikenali sebagai Veilguard.

Kredit: Electronic Arts

Persahabatan adalah penting kepada pengalaman Dragon Age: The Veilguard, di mana setiap rakan akan menyertai kisah dengan jalan cerita, motivasi dan skill tree mereka sendiri. Dalam kisah yang akan menentukan nasib Thedas selama-lamanya, Rook mesti bangkit, mengumpulkan pasukan wira dan bina hubungan untuk menjadi pemimpin yang boleh dipercayai oleh orang lain.

Kredit: Electronic Arts

Setiap rakan dalam Dragon Age: The Veilguard membawa kepakaran sendiri ke medan pertempuran. Sepanjang pengembaraan, pemain boleh mencampur dan memadankan dua kombinasi daripada total tujuh rakan, untuk menghadapi cabaran tertentu dan melakukan serangan kombinasi hebat yang boleh mengubah arus mana-mana pertempuran.

  • Bellara
  • Davrin
  • Emmrich
  • Harding
  • Lucanis
  • Neve
  • Taash
Kredit: Electronic Arts

Buat masa ini, itu sahaja yang diketahui, tetapi Electronic Arts akan mengeluarkan trailer gameplay lebih daripada lima minit pada 11 Jun nanti. Buat masa ini, peminat hanya boleh bersabar untuk berita lanjut.

Tags: Dragon Age: The Veilguard
ShareTweetSend
Previous Post

Call of Duty: Black Ops 6 Akan Datang 25 Oktober Di PlayStation, Xbox Series & PC

Next Post

Pandangan Pertama Metal Gear Solid Delta: Snake Eater Oleh Konami!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

LEGO One Piece Cerita Semula Kisah Musim 1 & 2, Usopp Jadi Penglipur Lara
Animasi

LEGO One Piece Cerita Semula Kisah Musim 1 & 2, Usopp Jadi Penglipur Lara

July 21, 2026
Lima Syarikat Paling Bernilai Di Dunia – Apple Pintas Nvidia Di Tempat Pertama
Senarai

Lima Syarikat Paling Bernilai Di Dunia – Apple Pintas Nvidia Di Tempat Pertama

July 21, 2026
Ujian Beta Call of Duty: Modern Warfare 4 Akan Bermula Ogos 2026 – Apa Anda Perlu Tahu
Beta

Ujian Beta Call of Duty: Modern Warfare 4 Akan Bermula Ogos 2026 – Apa Anda Perlu Tahu

July 21, 2026
Next Post
Pandangan Pertama Metal Gear Solid Delta: Snake Eater Oleh Konami!

Pandangan Pertama Metal Gear Solid Delta: Snake Eater Oleh Konami!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd