Devil May Cry 5 ataupun DMC V yang akan dikeluarkan pada Mac 2019 yang pastinya ramai nak menjadi Dante, V ataupun Nero, sekurang-kurangnya Jaketnya pun dah cukup. Tapi, harganya pun sama harga dengan sebuah Kereta. No i’m not kidding tau, memang tak jauh beza. Jom kita tengok satu demi satu punya jaket.
Untuk Nero yang berwarna Dark Blue/Black, dengan style Jaket/Coat yang panjang dan fabrik yang selesa dengan berharga ¥750,000(RM27,797) dan Dante pula yang berwarna Maroon/Brown yang fabriknya berkemungkinan Kulit yang menjadi paling mahal iaitu ¥900,000 (RM33,356) dan yang terakhir adalah V yang Jaket Sleeveless panjang yang warna hitam berharga ¥600,000 (RM22,237). Oh mereka juga mengeluarkan baju kemeja limited edition yang berharga ¥11,852 (RM439).
Kereta Axia yang standard baru RM22K, Gila punya harga. Ini kalau anak dato pun sound dengan harga ni. Tapi kalau nak gagahkan diri jugak, korang boleh beli kat official Website diorang. Dan kalau korang sekarang boleh pre-order DMC 5 kat PS Store Sekarang.
@gamersantaimy
Discussion about this post