Baru sahaja minggu lalu Kingdom Hearts 3 telah melancarkan ‘patch notes’ terbaru dengan memasukkan unsur Mod Kritikal di dalam tetapan dan beberapa penambahbaikan. Nampaknya tidak habis disitu berita mengenainya apabila baru-baru ini nampaknya pengarah Kingdom Hearts 3 Tetsuya Nomura telah membuat satu pengumuman mengejut ketika di Kingdom Hearts World of Tres Orchestra show,Tokyo.
Kingdom Hearts World of Tres Orchestra show adalah sebuah konsert daripada Disney dan secara rasmi diberi nama “Kingdom Hearts Orchestra -World of Tres-“. Tour yang pertama telah pun menghiasi International Forum Hall A, Tokyo pada hujung minggu lalu. Di dalam konsert ini akan menampilkan lagu Kingdom Hearts yang dimainkan versi orkestra penuh. Lagu-lagu dari semua permainan Kingdom Hearts akan dimainkan, termasuk Kingdom Hearts III.
Nampaknya pekara mengejut yang diberitahu pengarah Kingdom Hearts itu rupanya mengenai berita DLC yang akan datang diberi nama Re:Mind. Pengguna Twitter @YanilynGaming telah berkongsi mengenai hal ini ketika dia berada di acara tersebut;
Nampaknya mereka telah mengesahkan sedikit DLC yang perlu dibeli dan ada juga yang percuma. Antara yang perlu dibeli adalah senario tambahan “ReMind”, Episod tambahan + Bos, Episod Rahsia + Bos, Pilihan suara bahasa inggeris, manakala yang percuma adalah ‘Keyblade’ baru dan Formasi baru.
Tetsuya Nomura just announced the upcoming DLC contents at the KH Orchestra.
The temporary title is “Kingdom Hearts III ReMIND”
Paid
-Additional Scenario “ReMIND”
-Limit Episode + Boss
-Secret Episode + Boss
-English VA OptionFree
-New Keyblade + New Form— Yanilyn ヤニリン 🗝 Just went to KH Orchestra (@YanilynGaming) April 27, 2019
Tarikh pelancaran serta harga masih belum diumumkan tetapi dikatakan pengumuman rasmi mungkin dalam bulan Jun ini.
Sesiapa yang ingin tahu lebih lanjut mengenai Kingdom Hearts 3 bolehla layari laman web rasmi mereka (tekan sini)
Sumber: Gematsu
@gamersantaimy
Discussion about this post