FromSoftware terkenal dengan games mereka yang mencipta musuh-musuh top-tier untuk menguji kebolehan pemain. Mereka pun baru sahaja mengeluarkan game Sekiro: Shadows Die Twice bulan lepas dan siapa sangka salah seorang boss dalam game yang dikatakan paling susah dan mencabar itu digantikan dengan Thomas The Engine. Malah, apabila Resident Evil 2 Remake dikeluarkan, ramai modders menukarkan watak “Mr.X” menjadi Thomas. Walaupun ia dilihat sebagai game yang susah bagi sesetengah orang, satu peminat memutuskan bahawa game pengembaraan aksi itu akan mendapat sambutan dengan menambah mod Thomas the Tank Engine dalam senarai bos Sekiro.
Terima kasih kepada modder Katalash, boss Great Serpent (Ular Gergasi) direka semula untuk mewakili keretapi stim fiksyen dari buku-buku kanak-kanak, The Railway Series, oleh Reverend Wilbert Awdry, dan program televisyen British iaitu Thomas the Engine Tank dan kawan-kawan. Bukan sahaja boss ular gergasi dalam permainan ini kelihatan seperti Thomas the Tank Engine dengan mod yang digunakan, tetapi ia juga mempunyai “hiss” yang digantikan dengan bunyi whistle keretapi.
Sekiranya pemain ingin muat turun game ini, bolehlah, mula ambil Enjin Mod Sekiro di sini dan kemudian ikut arahan pada halaman Nexus mod. Apabila dipertimbangkan, ini adalah peluang yang baik untuk pemain yang telah mengalahkan Sekiro: Shadows Die Twice di PC untuk kembali dengan mencuba mod Thomas Engine Tank ini dan ketawa. Boleh dikatakakan bahawa lebih banyak mod Thomas Tank Engine akan dibuat pada masa akan datang hanya untuk mengekalkan lawak sebegini agar berterusan! Jangan terlalu berharap dengan animasinya kerana ianyalah hanyalah rekaan semata-mata. Hmm macam best je!
Sumber: PC Gamer
@gamersantaimy
Discussion about this post