Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

DLC ke-5 Dragon Ball Z: Kakarot akan datang pada 17 Ogos! Goku remaja vs Piccolo jahat!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
August 10, 2023
in Action, Adventure, Anime, Artikel, Berita, DLC, DLC berbayar, Nintendo Switch, PC, PS4, PS5, Steam, Xbox One, Xbox Series X|S
0 0
0
DLC ke-5 Dragon Ball Z: Kakarot akan datang pada 17 Ogos! Goku remaja vs Piccolo jahat!
Share on FacebookShare on Twitter

Asalnya diumumkan pada bulan Februari lalu, pelancaran DLC terbaru Dragon Ball Z: Kakarot nampaknya hampir tiba. DLC Budokai Tenkaichi ke-23 (atau nama inggerisnya 23rd World Tournament) secara rasmi akan dilancarkan di konsol dan PC pada 17 Ogos, jadi lebih baik anda memulakan latihan sekarang.

Sudah tiga tahun sejak Goku bertarung dan menang menentang Great Demon King Piccolo. Kini, Goku bukan sahaja telah menjadi remaja, malah Great Demon King Piccolo juga telah dilahirkan semula! Menggelar dirinya sebagai Majunior, dia memasuki Budokai Tenkaichi untuk membalas dendam terhadap Goku dan sekali lagi pertarungan mereka akan menentukan nasib dunia!

Sinopsis
Kredit: Bandai Namco

DLC Budokai Tenkaichi ke-23 akan menambahkan elemen baru dalam pertarungan Dragon Ball Z: Kakarot. Dalam kejohanan ini, pemain akan dihadkan kepada pertempuran darat, yang bermakna anda perlu memikirkan semula cara bertarung. Ini masuk akal kerana DLC ini berlaku berdasarkan senario anime Dragon Ball original (sebelum Goku berkahwin dan ada Gohan).

Secara am, pertempuran berasaskan darat bermaksud game akan akan menambah kiraan “knock down” dan pemain berisiko kalah jika terkeluar daripada gelanggang. Tanpa kebolehan untuk terbang, pemain veteran mungkin akan mengambil sedikit masa untuk membiasakan diri, tetapi ia sepatutnya menghasilkan mode sampingan yang lebih menyeronokkan dan unik berbanding apa yang kita biasa bermain.

Kredit: Bandai Namco
Kredit: Bandai Namco
Kredit: Bandai Namco

Seperti saya kata tadi, Budokai Tenkaichi ke-23 berlangsung semasa awal Dragon Ball, yang bermaksud Goku tidak membuka sepenuh kuasanya. Ini turut bermakna kita tidak akan menghadapi musuh yang lebih sukar. Saya tidak pasti sama ada musuh yang kita akan berlawan adalah sama seperti anime, tetapi trailer telah mengesahkan beberapa pertarungan termasuk Cyborg Tao, Tien Shinhan dan Piccolo. Goku juga akan berlawan Piccolo versi gergasi.

Watak-watak lain yang akan muncul dalam kejohanan ialah Chi-Chi, Krillin, Yamcha.


Dragon Ball Z: Kakarot kini tersedia untuk PlayStation 5, Xbox Series, PlayStation 4, Xbox One, Switch dan PC melalui Steam manakala DLC ke 5 (Budokai Tenkaichi ke-23) akan muncul pada 17 Ogos dan merupakan DLC terakhir untuk Season Pass kedua.

Buat masa ini, Bandai Namco belum mengumumkan kandungan DLC seterusnya, tetapi kita akan akan mendengar lebih lanjut dalam masa terdekat. Untuk membaca segala berita kami tentang game ini, sila tekan pautan ini.

PC
PS4
Dragon Ball Z: Kakarot
Publisher: Bandai Namco Entertainment
Developer: CyberConnect2
Release Date TBC
Microsoft Windows, PlayStation 4, Xbox One
Dragon Ball Z: Kakarot adalah game action RPG Dragon Ball yang bermula dari awal permulaan manga/ anime hingga ke kesimpulan epiknya. Dalam pengembaraan Saiyan Super ini, anda akan bertemu dengan pelbagai watak terkenal dan menavigasi di dunia ikonik Dragon Ball Z.  
Tags: DLCDragon Ball Z: Kakarot
ShareTweetSend
Previous Post

FIFA 23 Menambah Pemain Berhijab! Pertama Kali Dalam Sejarah Game FIFA!

Next Post

Katalog PS Plus Ogos 2023 – Lost Judgment, Sea of Stars, Destiny 2: The Witch Queen

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Fate/EXTRA Record Bakal Tiba 28 Januari 2027 – Info Edisi & Gameplay Yang Perlu Anda Tahu
Berita

Fate/EXTRA Record Bakal Tiba 28 Januari 2027 – Info Edisi & Gameplay Yang Perlu Anda Tahu

September 7, 2026
Nak Serbu Pokémon Center Pop-Up Pertama Di Ombak KLCC? Ini Panduan Masuk Semasa Hari Pembukaan
Jom Singgah!

Nak Serbu Pokémon Center Pop-Up Pertama Di Ombak KLCC? Ini Panduan Masuk Semasa Hari Pembukaan

September 7, 2026
Medabots S Akan Lancar Secara Global, Prapendaftaran Kini Dibuka
Mobile

Medabots S Akan Lancar Secara Global, Prapendaftaran Kini Dibuka

September 7, 2026
Next Post
Katalog PS Plus Ogos 2023 – Lost Judgment, Sea of Stars, Destiny 2: The Witch Queen

Katalog PS Plus Ogos 2023 – Lost Judgment, Sea of Stars, Destiny 2: The Witch Queen

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Bleach: Zaraki Kenpachi Akhirnya Pakai Bankai; Hitsugaya Tōshirō Lepaskan Bankai Sebenar
Anime

Bleach: Zaraki Kenpachi Akhirnya Pakai Bankai; Hitsugaya Tōshirō Lepaskan Bankai Sebenar

August 20, 2026
Bos WIT Studio Dedah Sebab MAPPA Ambil Alih Attack on Titan Untuk Musim Terakhir
Anime

Bos WIT Studio Dedah Sebab MAPPA Ambil Alih Attack on Titan Untuk Musim Terakhir

August 19, 2026
Kingdom Hearts 4 – Gameplay Baru Dunia ‘Coco’, Pelancaran Lewat 2027 Serta Anime Original Disney+
Berita

Kingdom Hearts 4 – Gameplay Baru Dunia ‘Coco’, Pelancaran Lewat 2027 Serta Anime Original Disney+

August 15, 2026
Menurut Data, Ratusan Anak Indonesia Diberi Nama Naruto, Luffy, Nobita & Banyak Lagi
Anime

Menurut Data, Ratusan Anak Indonesia Diberi Nama Naruto, Luffy, Nobita & Banyak Lagi

August 12, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd