PlayStation Asia telah mengumumkan sejumlah game tambahan ke katalog PlayStation (PS) Plus bulan Ogos 2023 untuk pelanggan Extra dan Deluxe.
Antara game yang bakal ditambah adalah Lost Judgment, Sea of Stars, Destiny 2: The Witch Queen dan banyak lagi! Kesemua game ini akan tersedia bermula 15 Ogos kecuali Sea of Stars dan Moving Out 2. Sea of Star akan tersedia pada 29 Ogos 2023, hari pertama pelancaran game tersebut. Berikut adalah senarai game yang akan tersedia dalam katalog PS Plus bulan Ogos 2023.
Lost Judgment | PS4, PS5
Lost Judgement kembali dengan peguam yang menjadi detektif Takayuki Yagami. Disertai oleh bekas yakuza Masaharu Kaito, mereka menyiasat jenayah yang kelihatan sempurna yang suspek utamanya mempunyai alibi kukuh. Apa yang bermula sebagai kisah balas dendam mendedahkan rangkaian konspirasi yang berselirat melibatkan beberapa puak mengambil kesempatan daripada sistem undang-undang yang rosak. Tetapi apabila mangsa bertimbun dan Yagami membongkar kebenaran, dia mesti memilih antara mempertahankan undang-undang atau menuntut keadilan.
Destiny 2: The Witch Queen | PS4, PS5
Terokai Dunia Takhta Savathûn untuk membongkar misteri bagaimana dia dan Lucent Hivenya mencuri Light. Ketahui rahsia untuk mencipta senjata baharu, Glaive baharu, dan bertahan dalam kebenaran dalam rangkaian pembohongannya.
Sea of Stars | PS4, PS5
Sea of Stars ialah RPG turn-based yang diilhamkan oleh game klasik. Ia mengisahkan dua Children of the Solstice yang menggabungkan kuasa matahari dan bulan untuk melakukan Eclipse Magic, satu-satunya kuasa yang mampu menangkis ciptaan dahsyat ahli alkimia jahat yang dikenali sebagai The Fleshmancer.
Moving Out 2 | PS4, PS5
Moving Out 2 akan membawa pemain kembali ke dunia Smooth Moves’ Furniture Arrangement dan Relocation Technicians (F.A.R.Ts), sambil mereka mengemas perabot, teknologi dan segala-galanya termasuk sinki dapur merentasi kawasan yang semakin pelik, dengan cabaran yang semakin membawa maut.
Destroy All Humans 2 Reprobed | PS4, PS5
Two Point Hospital: Jumbo Edition | PS4
Source of Madness | PS4, PS5
Cursed to Golf | PS4, PS5
Dreams | PS4
Lawn Mowing Simulator: Landmark Edition | PS4, PS5
Spellforce III Reforced | PS4
Midnight Fight Express | PS4
Itu sahaja untuk rumusan ini. Sebagai peringatan, semua game di atas akan ditambah ke katalog PS Plus pada 15 Ogos . Untuk membaca segala liputan kami tentang PS Plus, sila tekan pautan ini.
@gamersantaimy
Discussion about this post