Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

DLC Kate Bishop untuk Marvel’s Avengers akan keluar pada bulan depan!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
November 20, 2020
in ARPG, Artikel, Berita, DLC, Genre, PC, PS4, PS5, Steam, Xbox One, Xbox Series X|S
0 0
0
DLC Kate Bishop untuk Marvel’s Avengers akan keluar pada bulan depan!
Share on FacebookShare on Twitter

Dengan berita baru-baru ini yang melaporkan player-base Marvel’s Avengers semakin menurun, nampaknya pasukan Crystal Dynamics telah berusaha keras untuk memastikan DLC Kate Bishop dilancarkan sebelum akhir tahun ini. Dengan kemunculan hero ini dan sejumlah misi baru, ini adalah antara kandungan tambahan pertama daripada rancangan Square Enix.

Disahkan melalui video War Table terkini, peminat dapat bermain sebagai Kate Bishop pada 8 Disember. Di samping pengumuman tersebut, video ini juga mendedahkan beberapa maklumat penting tentang isi kandungan jalan cerita Kate Bishop, termasuk sinopsis dan tafsiran mereka untuk hero ikonik ini.

Jalan cerita akan menyaksikan Bishop sedang berusaha untuk mencari bekas mentornya, Hawkeye, di mana dia akan menyertai Avengers untuk mendapatkan bantuan. Malangnya, tidak semudah itu untuk mencari Hawkeye, kerana Bishop harus merentasi masa untuk membawanya pulang. Menurut video tersebut, misi itu akan menampilkan beberapa watak terkenal dari dunia Marvel, dengan penglibatan Nick Fury dan penjahat baru sebagai antagonis utama. Penjahat itu adalah Super Adaptoid, musuh klasik di Marvel dengan kemampuan untuk meniru kuasa pihak lawan. Menurut War Table, ia akan mempunyai akses ke semua kuasa Avengers, jadi faham-fahamlah betapa kuatnya musuh ini nanti.

Terdapat juga banyak gameplay untuk Kate Bishop yang menunjukkan kemahiran dan kebolehannya. Sudah tentu, peminat tahu bahawa Bishop bukanlah satu-satunya watak yang akan datang ke Marvel’s Avengers. Hawkeye sendiri didakwa akan keluar untuk permainan di satu hari nanti, manakala Crystal Dynamics turut mengesahkan Spider-Man sebagai DLC eksklusif PlayStation dan integrasi Black Panther ke dalam Avengers Initiative.

Marvel’s Avengers boleh didapati di PC, PlayStation 4, dan Xbox One. Ia akan dilancarkan untuk PlayStation 5 dan Xbox Series X/S pada tahun 2021.

Marvel's Avengers
Publisher: Square Enix
Release Date: 2020-09-04
PlayStation 4, Xbox One
Marvel's Avengers adalah permainan video aksi-pengembaraan yang akan datang yang dikembangkan bersama oleh Crystal Dynamics dan Eidos-Montréal dan diterbitkan oleh Square Enix. Berdasarkan pasukan superhero Marvel Comics the Avengers, permainan ini diilhamkan oleh mitologi dan komik buku komik yang telah lama berjalan di media lain.
Tags: Crystal DynamicsDLCKate BishopMarvel's Avengerssquare enixWar Table
Previous Post

RAZER WOLVERINE V2 membawa kawalan yang Ultimate ke XBOX SERIES X | S!

Next Post

Dilabel sebagai Project 007, game James Bond baru akan dibikin oleh IO Interactive!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Mahukan Telefon Gaming Yang Boleh Buat Lebih Daripada Sekadar Bermain Game? Kenali POCO F9 Ultra!
Smartphone

Mahukan Telefon Gaming Yang Boleh Buat Lebih Daripada Sekadar Bermain Game? Kenali POCO F9 Ultra!

September 5, 2026
Previu Age Twisters – Apabila “Usia” Menjadi Kunci Kerjasama Antara Dua Pemain
Preview

Previu Age Twisters – Apabila “Usia” Menjadi Kunci Kerjasama Antara Dua Pemain

September 4, 2026
SEGA/ATLUS Umum Barisan Game Di Tokyo Game Show 2026; Persona 4 Revival, STRANGER THAN HEAVEN & Banyak Lagi
Pameran/Expo

SEGA/ATLUS Umum Barisan Game Di Tokyo Game Show 2026; Persona 4 Revival, STRANGER THAN HEAVEN & Banyak Lagi

September 4, 2026
Next Post
Dilabel sebagai Project 007, game James Bond baru akan dibikin oleh IO Interactive!

Dilabel sebagai Project 007, game James Bond baru akan dibikin oleh IO Interactive!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Bleach: Zaraki Kenpachi Akhirnya Pakai Bankai; Hitsugaya Tōshirō Lepaskan Bankai Sebenar
Anime

Bleach: Zaraki Kenpachi Akhirnya Pakai Bankai; Hitsugaya Tōshirō Lepaskan Bankai Sebenar

August 20, 2026
Bos WIT Studio Dedah Sebab MAPPA Ambil Alih Attack on Titan Untuk Musim Terakhir
Anime

Bos WIT Studio Dedah Sebab MAPPA Ambil Alih Attack on Titan Untuk Musim Terakhir

August 19, 2026
Kingdom Hearts 4 – Gameplay Baru Dunia ‘Coco’, Pelancaran Lewat 2027 Serta Anime Original Disney+
Berita

Kingdom Hearts 4 – Gameplay Baru Dunia ‘Coco’, Pelancaran Lewat 2027 Serta Anime Original Disney+

August 15, 2026
Menurut Data, Ratusan Anak Indonesia Diberi Nama Naruto, Luffy, Nobita & Banyak Lagi
Anime

Menurut Data, Ratusan Anak Indonesia Diberi Nama Naruto, Luffy, Nobita & Banyak Lagi

August 12, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd