Pemain Pokémon Go tentu sudah biasa dengan amaran daripada game tersebut yang mengingatkan mereka supaya tidak bermain game ini ketika memandu. Nampaknya, seorang pemain mungkin tidak menerima pesanan ini, dan sekiranya ada sekalipun, dia memerlukan 7 kali kepastian tentang bermain ketika memandu adalah tidak disarankan.
Seperti yang dilaporkan oleh The Seattle Times, sebuah kereta yang berhenti di bahu jalan disebuah lebuhraya yang sibuk telah menarik perhatian peronda Washington State dan mereka telah memberhentikan kenderaan mereka untuk memeriksa samada pemandu tersebut memerlukan bantuan.
Tetapi, apa yang mereka lihat adalah seorang pemandu yang sedang memegang satu blok yang telah diubah suai untuk memuatkan 8 peranti mudah alih dan setiapnya sedang menjalankan aplikasi game Pokémon Go.
#PokemonDistraction Sergeant Kyle Smith contacted a vehicle on the shoulder yesterday evening. This is what was next to the driver! Playing #PokemonGO with EIGHT (8) phones! Driver agreed to put phones in back seat and continued his commute with 8 less distractions. pic.twitter.com/tgOr16CRlm
— Trooper Rick Johnson (@wspd2pio) August 14, 2019
Menariknya, pemandu tersebut tidak disaman kerana pihak peronda tidak melihatnya bermain Pokémon Go sambil memandu, tetapi telah diberi amaran kerana berhenti dibahu jalan dalam keadaan bukan kecemasan. Pemandu tersebut juga telah diberitahu untuk meletakkan 8 peranti tersebut di kerusi belakang agar tidak menjadi gangguan ketika memandu.
Pemain Pokémon Go diluar sana, bermainlah secara berhemah dan bertimbang rasa!
Sumber: Kotaku
@gamersantaimy
Discussion about this post