Secara rasmi dilancarkan hari ini (1 Oktober 2019), Call of Duty Mobile kini menjadi satu fenomena terbaru untuk permainan FPS yang percuma boleh didapati di platform mobile! Iya dengan gabungan antara Garena, Activision dan Tencent’s TiMi Studios, Call of Duty Mobile (COD Mobile) memberikan grafik berkualiti tinggi, permainan menarik, dan kawalan lancar!
Kami dengan bangganya tidak melepaskan peluang untuk mencuba sendiri bermain COD Mobile dengan mencuba pelbagai mod PvP yang disediakan! Antaranya seperti “Team Deathmatch”, “Search & Destroy”, “Domination”, dan “Battle Royale“. Menarik juga dalam mod-mod ini tersedia drones atau VTOL gunship untuk digunakan bagi menyerang musuh!
Jalan Permainan
Biasalah awal permainan kita kena daftar antara akaun Facebook, Garena atau Guest. Pilihan nama untuk watak anda dan tutorial akan diajar kepada pemain baru, disitu pemain boleh belajar cara menembak dan pilih kawalan yang sesuai untuk diri sendiri. Kemudian, selepaas tutorial tersebut anda akan mendapat ganjaran!
Jadi untuk kesemua mod ini anda akan bermain dengan pemain lain atau rakan anda dalam pasukan dan berlawan dengan 5 lagi pemain lain. Tetapi bukan untuk mod Battle Royale! Mod battle royale hanya memerlukan 4 pemain dan konsep permainan hampir sama dengan mainan Battle Royale yang lain. Siapa bertahan untuk hidup dari 100 orang pemain dia lah pemenang!
Team Deatmatch – Permainan 5v5, pilihan senjata melalui tetapan simpanan anda sendiri, bunuh lah pihak musuh sepuas hati anda dan merebut siapa memenangi 40 kill terdahulu!
Frontline – Juga 5v5, sama tektik seperti Team Deathmatch, juga dapat respawn semula selepas jatuh, perlu mendominasi 50kill untuk mencapai kemenangan!
Domination – Domination, adalah sama dengan menangkap titik atau menjadi king of tthe hill! Pasukan yang berjaya masuk ke titik bulat bahagian musuh paling banyak sehingga 100 kemenangan akan memenangi perlawanan.
Search & Destroy – Ingat zaman Counter Strike? Iya ini lebih kurang misi nya! Tapi dalam mod ini tiada respawn diberikan dan harus tunggu pusingan berikutnya. Anda kena bunuh kesemua pihak lawan,masih lagi 5v5. Antara salah satu pihak dapat menanam bom di bahagian titik A atau B. Jadi kita haruslah mematikan bom tersebut sebelum masa tamat!
Battle-Royale – Seperti yang dikatakan di atas, hampir menyerupai permainan battle royale yang lain. Tetapi, pemain boleh mengawal helikopter secara langsung, melompat di antara lembah dengan sayap, dan mengalami sistem “Kelas” baru dengan kemahiran khusus yang sepadan dengan gaya bermain anda. Untuk peminat yang mencari keseronokan dan kemahiran, mereka boleh memanggil Zombies dengan menggunakan Clown untuk menyerang musuh atau mengambil perlindungan di belakang perisai Transform.
Apa yang terdapat di Menu utama?
Dah sibuk menang game mestilah nak tahu apa lagi fungsi lain yang ada kan! Okay dalam menu kita boleh lihat Profil Pemain, Pencapaian Pemain, Pingat Pemain dan Sejarah Pemain, di mana pendahulu permainan terdahulu dapat dilihat.
Duit dalam talian dipanggil Credits (CP) sama seperti permainan lain, COD Mobile mempunyai pembelian dalam talian. Terdapat juga Pas Bermusim untuk dibeli dengan pelbagai ganjaran untuk didapati dengan menyelesaikan misi-misi yang disediakan. Anda boleh beli pas bermusim ini dengan 750CP atau 1660CP.
Jadi untuk harga CP anda boleh rujuk gambar dibawah;
Selain itu terdapat banyak lagi acara misi-misi untuk diselesaikan serta anda boleh membeli pelbagai senjata, dan menyesuaikan senjata anda mengikut keselesaan anda. Juga anda juga boleh lakukan tetapan anda dengan menekan settings, jadi anda boleh la tetapkan butang-butang dan sensitiviti keselesaan anda disitu. Jangan lupa anda juga boleh menerima ganjaran harian setiap kali Log-in permainan!
Pengawalan dan Grafik
Jujur kami nyatakan, grafik memang menarik dan jelas serta memuaskan hati! Dari segi pengawalan agak mudah dan kita boleh lakukan tetapan ikut kesesuaian tersendiri. Tetapi dalam mod Battle royale agak keliru sikit, mungkin masih tidak biasa kerana map nya agak serabut dengan pelbagai barangan dan looting agak bersepah. Zombi yang hadir, memang agak terkejut dan membuatkan anda terkejut beruk sedikit lah!
Kesimpulanya
Bagi peminat permainan Battle Royale FPS di mobile, anda harus bermain Call of Duty Mobile! Dengan pelbagai mod untuk dipilih memang memuaskan hati! Download sekarang secara percuma di gedung Google Playstore!
@gamersantaimy
Discussion about this post