Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Digimon Survive akan dilancarkan secara rasmi pada 29 Julai di seluruh dunia

Maira by Maira
April 18, 2022 - Updated on April 21, 2022
in Anime, Artikel, Berita, Game Baru, Nintendo Switch, PS4, Steam, Xbox One
0 0
0
Digimon Survive akan dilancarkan secara rasmi pada 29 Julai di seluruh dunia
Share on FacebookShare on Twitter

Selepas ditunda beberapa kali, Digimon Survive akhirnya telah memperoleh tarikh keluaran rasmi. Menurut majalah V Jump, mereka telah mendedahkan bahawa Digimon Survive akan dilancarkan pada 28 Julai di Jepun manakala 29 Julai di seluruh dunia.

Digimon Survive telah diumumkan buat kali pertama pada 2018 dan Bandai Namco menyasarkan untuk keluarkan pada 2019. Namun, game ini telah ditunda daripada 2019 kepada 2020 pada Julai 2019. Selepas itu, game ini telah ditunda buat kali terakhir pada 2021. 

Ramai juga peminat Digimon, yang menunggu pengumuman mengenai Digimon Survive semasa acara Digimon Con pada Februari yang lalu. Malang sekali, peminat lagi sekali hampa dan hanya mendapat trailer terbaru sahaja untuk game tersebut. Malah, penerbit Kazumasa Habu, akhirnya mendedahkan bahawa Witchcraft, pemaju asal, akhirnya meninggalkan projek itu dengan pasukan baru yang bertanggungjawab.

Sebelum ini, mereka telah mengumumkan tarikh keluaran untuk Digimon Survive di Jepun melalui majalah Jepun. Kini, mereka telah mengumumkan secara rasmi bahawa game ini akan dikeluarkan untuk PS4, PS5, Xbox One, Xbox Series X|S, Nintendo Switch dan PC di seluruh dunia pada 29 Julai.

Buat masa sekarang, hanya box art versi Jepun untuk PS4 dan Nintendo Switch sahaja telah dikeluarkan dan tiada lagi pengeluaran versi global.

Digimon Survive versi global akan dilancarkan pada 29 Julai untuk PlayStation 4, PlayStation 5, Xbox One, Xbox Series X|S, Nintendo Switch dan PC melelui Steam di seluruh dunia. Anda boleh mendapatkan maklumat lanjut mengenai game baru Digimon daripada kami melalui pautan ini.

Sumber: Nintendo Everything

Tags: Digimon Survive
Previous Post

Interview Lost Judgment: The Kaito Files – Bersama produser Makoto Suzuki

Next Post

MtG: Streets of New Capenna tampilkan artis dari Malaysia – akan tiba 29 April

Maira

Maira

Terperangkap dalam game gacha (grind sampai habis bateri fon). Game rhythm dan JRPG memang berpisah tiada. Kadang-kadang melukis sambil layan stream VTuber.

Related Posts

Mahukan Telefon Gaming Yang Boleh Buat Lebih Daripada Sekadar Bermain Game? Kenali POCO F9 Ultra!
Smartphone

Mahukan Telefon Gaming Yang Boleh Buat Lebih Daripada Sekadar Bermain Game? Kenali POCO F9 Ultra!

September 5, 2026
Previu Age Twisters – Apabila “Usia” Menjadi Kunci Kerjasama Antara Dua Pemain
Preview

Previu Age Twisters – Apabila “Usia” Menjadi Kunci Kerjasama Antara Dua Pemain

September 4, 2026
SEGA/ATLUS Umum Barisan Game Di Tokyo Game Show 2026; Persona 4 Revival, STRANGER THAN HEAVEN & Banyak Lagi
Pameran/Expo

SEGA/ATLUS Umum Barisan Game Di Tokyo Game Show 2026; Persona 4 Revival, STRANGER THAN HEAVEN & Banyak Lagi

September 4, 2026
Next Post
MtG: Streets of New Capenna tampilkan artis dari Malaysia – akan tiba 29 April

MtG: Streets of New Capenna tampilkan artis dari Malaysia - akan tiba 29 April

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Bleach: Zaraki Kenpachi Akhirnya Pakai Bankai; Hitsugaya Tōshirō Lepaskan Bankai Sebenar
Anime

Bleach: Zaraki Kenpachi Akhirnya Pakai Bankai; Hitsugaya Tōshirō Lepaskan Bankai Sebenar

August 20, 2026
Bos WIT Studio Dedah Sebab MAPPA Ambil Alih Attack on Titan Untuk Musim Terakhir
Anime

Bos WIT Studio Dedah Sebab MAPPA Ambil Alih Attack on Titan Untuk Musim Terakhir

August 19, 2026
Kingdom Hearts 4 – Gameplay Baru Dunia ‘Coco’, Pelancaran Lewat 2027 Serta Anime Original Disney+
Berita

Kingdom Hearts 4 – Gameplay Baru Dunia ‘Coco’, Pelancaran Lewat 2027 Serta Anime Original Disney+

August 15, 2026
Menurut Data, Ratusan Anak Indonesia Diberi Nama Naruto, Luffy, Nobita & Banyak Lagi
Anime

Menurut Data, Ratusan Anak Indonesia Diberi Nama Naruto, Luffy, Nobita & Banyak Lagi

August 12, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd