Diberi nafas baru, Trials of Mana dikeluarkan hari ini untuk Switch, PS4 & PC!

Dengan keluaran Final Fantasy VII Remake & Persona 5 Royal, ini memang adalah masa yang sibuk untuk remake JRPG popular. Hari ini, Trials of Mana oleh Square Enix boleh diperolehi sekarang di Nintendo Switch, PlayStation 4, dan PC. Ayuh! Peminat tidak perlu tunggu lagi untuk menyelami dunia baru ini!

Remake Trials of Mana diumumkan bersama dengan judul Collection of Mana, dan merupakan penciptaan semula untuk Seiken Densetsu 3 dengan penambahan ciri-ciri grafik 3D moden. Selain itu, mereka menambah sokongan lakonan suara, mencipta semula soundtrack, menambah episod baru yang dapat anda mainkan selepas penamat jalan cerita utama, sistem “ability“, sistem “leveling” bagi watak, dan banyak lagi.

Cerita ini mengikuti sekumpulan pahlawan ketika mereka memulakan perjalanan untuk mengambil kembali Mana Sword legenda dan menghalang raksasa Benevodon daripada membuat malapetaka di dunia. Terdapat enam watak yang boleh dimainkan di dalam Trials of Mana, dan pada permulaan permainan, anda akan memilih salah satu daripada mereka untuk menjadi watak utama dan dua lagi sebagai watak sokongan, lalu menambah variasi kepada pengalaman keseluruhan anda.

Sekiranya RPG seperti ini yang menarik hati anda, sila dapatkan sekarang di PlayStation Store pada harga RM211 atau Steam pada harga RM199! Untuk pemilik Switch, boleh rujuk pengedar rasmi pilihan anda.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Next Post

Discussion about this post

Discord Kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter Kami

Welcome Back!

Login to your account below

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.