Capcom dan NebulaJoy Games mengumumkan bahawagame mobile aksi 3D, Devil May Cry: Peak of Combat akan dilancarkan secara rasmi pada 10 Januari 2024 secara global! Anda yang masih belum pra-daftar, bolehlah berbuat demikian di App Store dan Google Play Store.
Bagi mereka yang tidak tahu, Devil May Cry: Peak of Combat ialah game mobile ‘free-to-play’ yang membolehkan anda bermain siri ikonik Devil May Cry secara ‘on-the-go.’ Dibangunkan oleh NebulaJoy aka Yunchang Game, game aksi 3D ini memperoleh cop rasmi oleh CAPCOM (pemilik francais DMC) dan menampilkan watak klasik dengan gaya pertempuran unik masing-masing. Untuk mengekalkan pengalaman teras, DMC: Peak of Combat tidak mengubah banyak mekanik pertempurannya, sebaliknya semua “dipermudahkan” untuk menepati versi mobile.
Francais ini terkenal dengan adegan aksi seronok di mana korang dapat bercampur aduk antara pertarungan darat dan udara bagi menewaskan musuh. Sama seperti original, Peak of Combat mengembalikan sistem kombo unik ini bersama grafik moden.
Mengisahkan tentang Dante, seorang pemburu yang separuh manusia dan separuh syaitan, matlamatnya adalah untuk mengalahkan semua kuasa jahat yang mengancam bumi. Francais ini terkenal dengan adegan aksi seronok di mana anda dapat mencampur aduk antara pertarungan darat dan udara bagi menewaskan musuh. Sama seperti original, Peak of Combat mengembalikan sistem kombo unik ini bersama grafik moden.
Selain Dante, anda juga boleh bermain sebagai Vergil, Nero dan Lady serta menggunakan senjata ikonik mereka untuk menewaskan musuh di mana pemain harus membentuk pasukan yang terdiri daripada tiga watak.
Jadi apa tunggu lagi? Cepat-cepat pra-daftar sebelum game dilancarkan nanti! Ada pelbagai ganjaran yang menanti anda semua. Untuk mendapatkan berita lain mengenai Devil May Cry daripada kami, boleh klik pautan ini.
@gamersantaimy
Discussion about this post