Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

The Game Awards Menobatkan Tiga Wakil Malaysia Untuk “Future Class 2023”

Razin Syafiq by Razin Syafiq
December 6, 2023
in Anugerah, Artikel, Berita, Industri
0 0
0
The Game Awards Menobatkan Tiga Wakil Malaysia Untuk “Future Class 2023”
Share on FacebookShare on Twitter

The Game Awards merupakan anugerah tahunan paling berprestij dalam industri gaming, jadi bayangkan betapa gembiranya kami sebagai rakyat Malaysia apabila mendapat tahu bahawa tiga wakil Malaysia telah dinobatkan untuk program TGA 2023 Future Class.

Kredit: TGA 2023

Khususnya, tiga wakil Malaysia tersebut ialah:

Saqina Latif – Merupakan pengasas Persona Theory Games, sebuah studio indie yang fokus kepada menceritakan kisah-kisah Asia Tenggara. Dia telah menghasilkan 2 game, dan membuat 2 filem pendek. Selepas menyembang bersama rakan baik kami GamerBraves, Saqina berkongsi saat dia dapat tahu dirinya dicalonkan:

Kredit: LinkedIn

“Saya ingat semasa mendapat e-mel ini – Saya rasa sangat sedih kerana United Airlines telah hilang salah satu bagasi saya yang mengandungi sesuatu yang sangat sentimental. Seorang rakan dalam perjalanan yang sama, Joyann, menggembirakan saya dengan kata “itu adalah petanda untuk saya berpegang pada perkara baru dan membuat kenangan baru.”

“Hari yang sama, saya mendapat pengesahan bagasi saya hilang selama-lamanya adalah hari yang sama saya mendapat e-mel ini, dan saya fikir tentang apa yang Joyce kata. Saya cukup berterima kasih atas semua sokongan hebat dan rakan-rakan yang kata mereka mencalonkan saya untuk Future Class kerana mereka percaya kepada saya, walaupun saya menghadapi masalah untuk mempercayai diri sendiri. Ini untuk lebih banyak perwakilan Asia Tenggara dalam permainan video!”

Jonathan Tang Ziyi – Ketua International Game Developers Association (IGDA) Malaysia dan juga pembangun untuk Metronomik, salah satu studio game indie di Malaysia. Menurutnya:

Hey #malaysia! Definitely didn't expect my year to be a roller coaster, but way an awesome way to cap off my own zodiac year with such a historical achievement. #gameawards #tga #tga2023 #futureclass #gamedev pic.twitter.com/7USS8tGPbd

— Jon Tang (@magthylius) December 6, 2023

“Saya berasa sangat bertuah dan rendah diri kerana dapat diiktiraf bersama rakan sebaya yang telah berada dalam industri lebih lama daripada saya. Ia adalah satu perjalanan yang tidak saya jangkakan, dan saya bersyukur atas keistimewaan peluang yang diberikan kepada saya untuk menjadi wakil Malaysia bagi komuniti yang sangat saya cintai.”

Samantha Low – Merupakan jurnalis gaming bebas, pakar runding pemasaran dan streamer, yang ingin meningkatkan kesedaran untuk komuniti yang kurang mendapat perhatian. Pencalonan Samantha juga menunjukkan satu perubahan kepada anugerah, kerana dia adalah satu-satunya calon yang menyumbang sebagai ahli media dan bukannya sebagai pembangun game.

Incredibly overwhelmed to be sharing that I’m part of @thegameawards Future Class 2023!

Everything I do is in support of the Southeast Asian and Japan communities I serve. This recognition will only help me further shed light on video games from this region 🙏🏻 https://t.co/yPcUVWs1xm pic.twitter.com/nLqTdvtj6D

— sam | リノ 🥊 Taipei Game Show (@rinoaskyes) December 6, 2023

“Saya berharap untuk meneruskan kerja saya dengan merapatkan SEA dan game indie Jepun dengan seluruh dunia. Saya sangat berterima kasih kepada semua editor yang pernah bekerja dengan saya dahulu dan sekarang, yang mempercayai idea dan rancangan saya untuk membantu menyerlahkan rantau ini”.

Welcome the 2023 #TheGameAwards Future Class.

Meet and learn about this year's class, who represent the inclusive future of gaming: https://t.co/U2hlo7LUAB

— The Game Awards (@thegameawards) December 5, 2023

Bagi mereka yang kurang tahu, Future Class ialah program untuk menghormati individu di seluruh dunia yang mewakili masa depan gaming yang cerah, berani dan inklusif menggunakan “suara/tindakan”, mempelbagaikan dan memajukan bentuk seni ini. Setiap tahun, The Game Awards akan mengiktiraf 50 individu, dan menyokong serta meraikan pencapaian masing-masing kerana berusaha membuat kemajuan/perubahan dalam komuniti gaming.

Future Class bukanlah untuk sesiapa sahaja, hanya individu tertentu sahaja yang akan dipilih dan negara kami Malaysia berasa bangga kerana mempunyai bukan satu, bukan dua, malah tiga wakil.

Tahniah kepada mereka, saya ucapkan.


Dapatkan segala berita kami tentang The Game Awards di SINI!

Sumber – GamerBraves

Tags: Future ClassMalaysiaThe Game Awards
ShareTweetSend
Previous Post

Pelakon Suara Goku Ingin Teruskan Kerjayanya Sehingga Berusia 182 Tahun!

Next Post

Devil May Cry: Peak of Combat Bakal Lancar Pada 10 Januari 2024! Pra-daftar Sekarang!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Mahukan Telefon Gaming Yang Boleh Buat Lebih Daripada Sekadar Bermain Game? Kenali POCO F9 Ultra!
Smartphone

Mahukan Telefon Gaming Yang Boleh Buat Lebih Daripada Sekadar Bermain Game? Kenali POCO F9 Ultra!

September 5, 2026
Previu Age Twisters – Apabila “Usia” Menjadi Kunci Kerjasama Antara Dua Pemain
Preview

Previu Age Twisters – Apabila “Usia” Menjadi Kunci Kerjasama Antara Dua Pemain

September 4, 2026
SEGA/ATLUS Umum Barisan Game Di Tokyo Game Show 2026; Persona 4 Revival, STRANGER THAN HEAVEN & Banyak Lagi
Pameran/Expo

SEGA/ATLUS Umum Barisan Game Di Tokyo Game Show 2026; Persona 4 Revival, STRANGER THAN HEAVEN & Banyak Lagi

September 4, 2026
Next Post
Devil May Cry: Peak of Combat Bakal Lancar Pada 10 Januari 2024! Pra-daftar Sekarang!

Devil May Cry: Peak of Combat Bakal Lancar Pada 10 Januari 2024! Pra-daftar Sekarang!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Bleach: Zaraki Kenpachi Akhirnya Pakai Bankai; Hitsugaya Tōshirō Lepaskan Bankai Sebenar
Anime

Bleach: Zaraki Kenpachi Akhirnya Pakai Bankai; Hitsugaya Tōshirō Lepaskan Bankai Sebenar

August 20, 2026
Bos WIT Studio Dedah Sebab MAPPA Ambil Alih Attack on Titan Untuk Musim Terakhir
Anime

Bos WIT Studio Dedah Sebab MAPPA Ambil Alih Attack on Titan Untuk Musim Terakhir

August 19, 2026
Kingdom Hearts 4 – Gameplay Baru Dunia ‘Coco’, Pelancaran Lewat 2027 Serta Anime Original Disney+
Berita

Kingdom Hearts 4 – Gameplay Baru Dunia ‘Coco’, Pelancaran Lewat 2027 Serta Anime Original Disney+

August 15, 2026
Menurut Data, Ratusan Anak Indonesia Diberi Nama Naruto, Luffy, Nobita & Banyak Lagi
Anime

Menurut Data, Ratusan Anak Indonesia Diberi Nama Naruto, Luffy, Nobita & Banyak Lagi

August 12, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd