PAX West 2018 baru sahaja berlalu, dan kali ini, Capcom, mempamerkan sedikit sebanyak tentang game siri terbaru Devil May Cry, iaitu Devil May Cry 5. Dikatakan yang Devil May Cry 5 akan ada Photo Mode, Galeri dan Training Mode. Ianya diumumkan semasa panel Capcom di PAX West 2018 baru-baru ini. Bukan itu sahaja, banyak yang dipamerkan, nak tahu apa lagi yang menarik? Teruskan bacaan korang ye.
Bila sebut tentang Devil May Cry 5 yang akan dilancarkan tidak lama lagi, ramai tertanya mana Devil Bringer Nero? dan apa Devil Bringer baru ni boleh buat? Jangan risau, semasa panel Capcom di PAX West 2018 baru-baru ini, ianya dipamerkan. Kesemua mempunyai 7 jenis Devil Bringer yang baru, Overture, Gerbera, Punch Line, Tomboy, Ragtime, Helter Skelter, dan Rawhide.
Video yang aku nak tunjuk ni agak panjang, jadi, untuk senang kan korang, aku letakkan beberapa time stamp penting, supaya korang boleh jumpa dan lihat beberapa isi yang penting, dipamerkan oleh Capcom ye:
- 16:53 ke 20:03 – Boss Battle Goliath
- 21:16 ke 21:50 – Pameran Gallery Mode
- 24:40 ke 36:24 – Pameran Devil Breakers
Korang Tengok Video dekat bawah ni:
Lepas tengok video ni, aku makin tak sabar rasanya nak main game Devil May Cry 5 nih. Fuhhhh! Makin menarik dan yang penting, It’s time for us to slain another demon! Apa pon, korang tengok video tu dulu, enjoy dan bagitahu aku apa pendapat korang tentang Devil May Cry 5 nih.
@gamersantaimy
Discussion about this post