Pada tahun 2021, developer PUBG, Krafton telah mengumumkan yang mereka sedang membuat game baharu yang berdasarkan novel Korea iaitu “The Bird That Drinks Tears”. Pada hari ini, mereka telah melancarkan trailer baharu bagi game tersebut dengan bertajuk “The Nhaga Eater”.
Trailer “The Nhaga Eater” diilhamkan oleh concept art of Design Director Iain McCaig dan Team Windless menggunakan Unreal Engine 5. Pasukan ini telah menghabiskan lebih dua tahun untuk membina watak dan pandangan dunia pada karya seni itu.
Menurut Krafton
Trailer itu menampilkan seorang lelaki yang bernama Kagan Drace, watak utama buku yang memburu dan memakan makhluk reptilia yang dikenali sebagai Nhaga. Apa yang ditunjukkan dalam trailer adalah, Kagan Drace memutuskan kepada Nhaga. Buku-buku itu juga memaparkan manusia berupa burung yang dikenali sebagai Rekkon dan makhluk yang diberi nama Tokebi.
Kalau korang nak tahu, The Bird That Drinks Tears adalah novel fantasy yang ditulis oleh Lee Yeong-do dan dikeluarkan di laman web forum sahaja. Selepas selesai menulis keseluruhan cerita di forum itu, novel ini telah diterbitkan oleh Golden Bough. Ia merupakan novel yang paling terlaris di Korea dengan berjuta-juta salinan telah terjual.
Berikut adalah sinopsis novel fantasy Korea “The Bird That Drinks Tears”:
Dalam dunia di mana empat kaum terpilih wujud dan dunia terbahagi kepada dua. Separuhnya adalah hutan di mana Nhaga tinggal, dan selebihnya didiami oleh Human, Tokebi, dan Rekkon. Sekumpulan tiga orang, terdiri daripada Human, Tokebi, dan Rekkon menyusup ke wilayah Nhaga untuk menyelamatkan Nhaga.
Saya ingin mengingatkan anda sekali lagi, game yang sedang dibangunkan oleh developer PUBG, Krafton adalah berdasarkan novel fantasy Korea The Bird That Drinks Tears dan masih di fasa awal pembangunan. Jika berminat, korang boleh singgah laman web rasmi mereka di sini.
Ikuti Gamer Santai untuk mendapatkan lebih banyak berita menarik mengenai game, anime, teknologi dan banyak lagi daripada kami.
@gamersantaimy
Discussion about this post