Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Detik Kekok dan Hebat di E3 2019

Macam-macam

Jade Ice by Jade Ice
June 15, 2019
in Acara, Artikel, Berita
0 0
0
Detik Kekok dan Hebat di E3 2019
Share on FacebookShare on Twitter

Antara acara menarik di E3 adalah meletakkan pembangun game di atas pentas, dimana kebanyakkan daripada mereka tidak berpengalaman dengan bercakap di atas pentas sambil di tonton orang ramai. Kebiasaannya ini pasti akan membawa kepada detik-detik kelakar, hebat dan kekok. Berikut adalah antara detik-detik menarik sepanjang E3 2019.

Detik Hebat: Keanu Reeves

Semua orang tahu Keanu Reeves telah membuat kemunculan yang tidak disangkakan ketika E3 dimana dia mengumumkan penglibatannya dalam Cyberpunk 2077 dan juga tarikh keluaran game ini. Sambil bercerita pengalaman dalam game, seorang penonton telah menyampuk secara spontan memberikan pujian kepadanya dan disambut dengan reaksi yang ringkas dan rendah diri.

Detik Kekok: Lisa Su Tidak Sukakan Hadiah

Lisa Su adalah seorang personaliti yang hebat dalam industri PC Gaming. Dia telah banyak menyumbang dalam perkembangan AMD. Ketika penghujung sidang akhbar AMD ketika E3, pengacara Geoff Keighly telah mempersembahkan patung mainan yang kelihatan seperti Lisa Su dalam versi superhero robot. Ianya dibuat dengan tangan oleh komuniti peminat AMD yang sangat menyayanginya.

Lisa Su telah menolak pemberian patung mainan tersebut dengan cara yang baik sambil pengacara tersebut membawanya keluar pentas.

Detik Hebat: Ikumi Nakamura

Pengarah kreatif Tango Gameworks Ikumi Nakamura sangat bertenaga, kelakar dan teruja ketika persembahan game terbarunya, Ghostwire Tokyo. Pembentangannya adalah sempurna, daripada lawak-lawaknya hingga ke komen gementarnya berkenaan jumlah penonton yang hadir. Dia juga turut melakukan tarian sebelum menunjukkan trailer game tersebut.

https://youtu.be/c9B5qhzKyhg?t=1303

Detik Kekok: Dr Disrespect Di Sekat Daripada E3

Individu yang dikenali sebagai Dr Disrespect telah di tarik balik pass E3 dan telahpun disekat sekat daripada E3 ekoran perilakunya ketika acara. Apa yang telah dilakukan? Ketika E3 sedang berlansung, dia bersama kru kameranya telah memasuki tandas lalu menyebabkan semua yang berada didalamnya telah tersiar. Walaupun antara streamer Twitch yang terkenal, dia tetap menerima padahnya.

Detik Hebat: Anjing Jon Bernthal

Pelakon Jon Bernthal telah membentangkan game Ghost Recon Breakpoint ketika sesi Ubisoft. Dia telah membawa bersama anjingnya bernama Bam Bam yang merupakan baka pit bull; yang sering dikaitkan dengan sikap agresif dan ganas. Jon gemar membawa anjing ini ke mana-mana acara untuk membuktikan sebaliknya.

Detik Kekok: Shenmue 3 Dengan Tenang Menyatakan Ianya Adalah Ekslusif di Epic

Pencipta Shenmue, Yu Yuzuki muncul di pentas ketika PC Gaming SHow dan telah berterima kasih kepada peminat menerusi penterjemah dan ketika dia keluar daripada pentas, trailer mula dimainkan. Ketika ini, peminat sudah mula mengesyaki ianya akan menjadi ekslusif untuk Epic. Beberapa jam kemudian muncul posting di laman Kickstarter game ini menyatakan Shenmue 3 akan berada di Epic secara ekslusif selama setahun. Langkah tidak bijak Deep Silver untuk menyampaikannya.

Detik Hebat: Kostum Jerung Frankie

Frankie Ward adalah antara pengacara di minati dalam PC Gaming Show. Sepanjang 2 tahun lepas, dia telah menghiburkan penonton dengan tenaga dan komen-komen tanpa skripnya, tetapi tahun ini dia menemuramah presiden Tripwire Interactive John Gibson dengan memakai kostum jerung dengan reaksi yang selamba.

Detik Kekok: Bethesda Berterima Kasih Kepada Peminat Yang Marah

Dengan apa yang berlaku setakat ini di Bethesda, lebih spesifik Fallout 76; sesi Bethesda menjadi sangat janggal. Video yang dimainkan kelihatan dibuat-buat dan tidak jujur. Ia dipenuhi mesej-mesej yang cuba memujuk dan mengampu peminat.

Detik Kekok dan Hebat: Hadirin Yang Bersorak Tanpa Henti

Semestinya E3 dipenuhi dengan penonton-penonton yang suka bersorak dan memberikan tenaga kepada acara tersebut. Tetapi sekiranya berlebihan, pasti akan di kecam. Gangguan-gangguan ketika pembentangan memang menjengkelkan. Tetapi daripada sebuah temuramah daripada Eurogamer, ketika sesi Bethesda terdapat seorang penonton yang bersorak tanpa henti. Rupanya dia adalah seorang peminat game Morrowind dan game ini sangat bermakna baginya. Ini menunjukkan semangat E3 yang sebenar.

Sumber: PC Gamer

Tags: E3E3 2019hebatkekok
Previous Post

Setiap Game Yang Menarik di E3 2019 dan Wajib Diberi Perhatian!

Next Post

Apex Legends “Tidak Sesuai” Untuk Platform Streaming Seperti Stadia – Respawn

Jade Ice

Jade Ice

"Bolehlah" gamer. Tak n00b tak expert. Dulu-dulu teras keras punya gamer. Sekarang kids, wife, gaming (in that order). Hantu Final Fantasy, MGS, Kingdom Hearts.

Related Posts

The Lost Wild – Game Dinosaur Survival Yang Mengutamakan Stealh & Saspens!
Berita

The Lost Wild – Game Dinosaur Survival Yang Mengutamakan Stealh & Saspens!

June 4, 2026
Game Survival Horror Kejam ‘ILL’ Sasar Pelancaran Pada 2027!
Berita

Game Survival Horror Kejam ‘ILL’ Sasar Pelancaran Pada 2027!

June 4, 2026
Game Aksi Supernatural KEMURI Akan Keluar Tahun 2027, Gameplay Pertama Didedahkan!
Berita

Game Aksi Supernatural KEMURI Akan Keluar Tahun 2027, Gameplay Pertama Didedahkan!

June 4, 2026
Next Post
Apex Legends “Tidak Sesuai” Untuk Platform Streaming Seperti Stadia – Respawn

Apex Legends "Tidak Sesuai" Untuk Platform Streaming Seperti Stadia - Respawn

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd