Google Stadia dilihat memiliki potensi yang besar, dimana ianya telah diumumkan Mac lalu yang memiliki sokongan 4K, 60fps dan boleh dimainkan di mana-mana platform yang boleh menjalankan browser Chrome. Tetapi harus diingat sambungan internet akan menjadi faktor utama.
Tetapi, produser eksekutif Respawn Drew McCoy berfikir sistem seperti ini tidak akan berjalan baik untuk game seperti Apex Legends. Dia memberitahu menerusi temuramah dengan Game Informer, mereka telah menguji beberapa platform streaming dalam 5-6 tahun lepas dan mereka menyimpulkan ianya tidak sesuai dengan game yang mereka hasilkan.
Pihak Respawn berkerja sangat keras untuk mengurangkan input lag supaya ianya hanya beberapa frame ke belakang daripada apa yang dilihat pemain, tetapi di platform streaming; kesannya adalah berbeza.
Ia adalah satu permasalahan yang sukar kerana ianya bukan dalam kawalan Respawn. Dalam usaha mereka untuk menambah baik game mereka; kebergantungan yang terlalu banyak kepada kualiti sambungan internet, ditambah pula dengan wifi router yang teruk yang diperolehi daripada pembekal internet mereka sejak 8 tahun lalu – semua ini akan menambahkan lagi masalah.
Walaupun kebanyakkan game boleh di jalankan atas platform streaming dan pemain akan berpuas hati dengan pengalamannya, tetapi ianya bukan apa yang diperlukan dalam permain fast-paced FPS.
Dalam temuramah yang sama, McCoy turut menyentuh tajuk crossplay untuk Apex Legends. Dia mengakui ini adalah cadangan yang amat bagus tetapi buat masa ini; pasukan Apex terlalu kecil untuk mengambil komitmen dan usaha untuk menjayakannya.
Sumber: PC Gamer
@gamersantaimy
Discussion about this post